Jaundice @ Kuning
Assalamualaikum reader, Topik kita pada n3 kali ini adalah psl Kuning @ Jaundice yg terdapat pada bayi. Mari kita lihat bersama-sama. Ape itu Jaundice? Jaundice – tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir. Tahap jaundice adalah tinggi lebih kurang hari keempat dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran. Ingat, jaundice bukanlah tanda anak anda sakit/tidak normal atau anak anda mengalami penyakit. Sewaktu bayi/anak kita di dalam rahim, bahan buangan akan dibuang melalui plasenta si ibu. Maknanya di sini bayi kita dibantu oleh si ibu. Namun, selepas bayi lahir, badannya sendiri harus melakukannya. Salah satu bahan buangan ini adalah BILIRUBIN. Badan bayi kita perlu masa untuk “belajar” membuang bilirubin sendiri. Jika kandungan bilirubin dalam badan terlalu tinggi, ini akan menyebabkan jau