Posts

Showing posts from September, 2018

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Image
Assalamualaikum, Isu terkini adalah UPSR. Teringat zaman maria sekolah rendah dulu. Maria tempuh UPSR tahun 1996. Result pun takde la bagus mana pun. Tapi, Alhamdulillah, berjaya meneruskan pelajaran sampai dapat Diploma UiTM. Masa Maria UPSR takde la terasa sangat beban dan tekanan nak LULUS cemerlang tu. Cumanya, Maria sedar yang Maria kena lulus setiap subjek. Mak dan bapak pun takde la tekankan sangat nak suruh masuk sekolah asrama pun masa tu. Senang cakap, zaman Maria bersekolah, tekanan nak lulus exam tu agak kurang. Tapi, Alhamdulillah, jadi orang gak hah..!!! Anak Maria (Aina) sekarang ni baru darjah 1. Peperiksaan dia pun baru lah penilaian prestasi je. Lama lagi dia nak hadap UPSR tu. Ntah ada ke tak UPSR masa Aina darjah 6 nanti. Buat masa sekarang ni, Maria takde lah nak push dia giler-giler suruh study. Cuma selalu ingatkan dia, setiap apa yang dia buat kena tengok masa dan keadaan. Contohnya, masa mandi, kenalah mandi. Masa main, pergilah main dan masa study, waj

NEW UPDATE

Image
Assalamualaikum readers, Tengok gambar titis-titis air hujan tu. Rasa macam nyaman je rasa kan. Sejuk dan menenangkan. Tapi, tidak blog ni..rasa macam nak menangis je minta dibersihkan segala 'sawang' dan 'mambang' yang menetap kat sini.. Last entry bulan April tahun lepas. Cerita pasal anak celebrate birthday. Lepas tu terus krik..krik..krik... Penyakit 'M' menulis teramatlah berleluasa tau.  Malam ni tiba-tiba teringat kan kat blog ni. Terus install apps kat phone dan terus tulis entry ni. Apa nak tulis, cuma memanaskan jari je malam ni sambil berharap jari ni akan berterusan panas nak menulis entry terbaru setiap hari Dah lama sangat tak menaip panjang lebar sampaikan buntu idea nak menaip walaupun sepatah perkataan. Siapa-siapa yang kawan dengan ku kat FB boleh nampak kot aktiviti ku tiap hari. Alhamdulillah masih wujud di bumi ini, cuma blog je yang sepi. Dah la..nak tidur. - maria yusoff - ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥