Posts

Showing posts from April, 2015

Birthday Preparation

Image
Straight to the point.. Aina request nak buat birthday tema Hello Kitty. Kali ni dia baru paham ape itu birthday celebration gaknya. Dia memang request kek Hello Kitty yang besar. Pada asalnya..mama cuma tanya aina nak hadiah ape utk birthday. Dia terus jawab nak kek Hello Kitty. Mama berangan nak buat birthday dia tema superhero..so that nampak cam majlis pakaian beragam and takde la nampak cam majlis budak pompuan sgt. Hhhmmm...lupakan je la jawabnya... Kena la proceed dengan Hello Kitty gak. Antara idea-idea deco preparation nya camni je. Aku plan nak buat as simple as i can. Takmo bebankan kepala otak dgn hal yang mengarut2. Sumber gambar dari google. kalo nak tengok idea cam yang dalam gambar ni boleh la klik kat gambar yang atas tu.  heheh...mudah-mudahan majlis yang akan berlangsung dapat berjalan dengan lancar.

Outing @ Setia City Mall

Image
11 April 2015 kitorg pegi jalan-jalan kat Setia City Mall, Klang.  10 April tarikh nikah kitorg, 11 April lak birthday Mr. hubby tu.  Jadinya kitorg decide bawak ainas pegi jalan-jalan hari tu.  Kakak aku yang awon tu pun aku angkut sekali gi jalan-jalan.  Senang sikit nak pasing2 anak....hahahaha... That day..aku memang nak enjoy & nak kasi ainas enjoy spend time.  Kiranya seronok gak la lepak kat mall tu.  Ada macam2 aktiviti yang the whole family boleh buat kat situ.  Kitorg gerak dari rumah pukul 12.30 pm. Ingatkan jauh sangat la Setia City Mall tu...pasal dengar bunyinya cam kat Klang kan. Pegi situ pun pasal ayu kata ada stall untuk sewa kasut roda.  Sebab nak try aina main kasut roda la aku excited nak bawak dia pegi situ.  Senang je nak sampai ke mall ni, dari sungai buloh, masuk highway guthrie, pastu masuk highway NKVE arah ke Klang dan tuju ke arah Setia Alam.  Sampai je mall, kitorg terus cari tempat nak makan dulu..pasalnya dah tengahari.  Fairuz reque

Belajar Menghargai Gigi

Image
Hari ni aina belajar pasal gigi. Seronok la gaknya tu. Hmm...kalo kat sekolah semua menurut kata...cuba kat rumah. Mau nak terkeluar anak tekak bila bagi arahan kat dia.  Seronok tengok dia dapat pegi sekolah.  Bila balik sekolah tu ada je cerita dari dia.   Mama : Tadi gosok gigi ke kat sekolah? Aina : aah... tadi kan ada doktor datang..pastu dia kata gigi aina cantek.. Aina memang pantang dipuji...tapi memang gigi dia cantek pun..elok je tersusun giginya.. Setiap pagi sebelum pegi sekolah pun nyai dia akan pastikan dia gosok gigi.   Ok..tu je nak tulis..  

Ulang Tahun Pernikahan- 5 Tahun

Image
10 April 2010 aku & fairuz selamat dinikahkan oleh bapak ku sendiri.  Alhamdulillah...hari ni 5 tahun da aku kawin dgn laki ku tu. 5 Tahun kawin anak baru 2 orang. Dalam tempoh 5 tahun macam-macam dah kami hadap.  Susah & senang kami bersama.  Sungguh aku bersyukur dikurniakan seorang suami seperti dia.   Kitorang tak macam couple-couple yang celebrate anniversary setiap tahun.  Fairuz bukan jenis lelaki romantik.  Aku takkan tiba-tiba dapat bunga or cokelat or something special on our anniversary date.  Kitorang akan celebrate anniversary dengan cara bawak anak-anak pegi enjoy sama-sama dengan kitorang.  Tengok anak-anak enjoy adalah hadiah terbesar buat diriku. 5 tahun - sekejap je masa berlalu.. walaupun usia perkahwinan ku masih lagi mudah bak kata org.. aku tetap berdoa agar aku dapat bersama-sama dengan dia hingga ke akhir hayat ku.  Masih banyak  lagi agenda yang aku nak lakukan dengan dirinya.   Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang

Aina Faqihah - 4 Tahun

Image
5 April 2015, genaplah umur aina 4 tahun. Besar da anak mama & papa ni. This time birthday dia mama tak bawak pegi celebrate kat hotel.  Kali ni mama bawak pegi makan Pizza Hut kat IOI City Mall je. Tu pun last minit punya decision. Asalnya nak gerak dari Sepang kul 5 petang..tp, da aina request nak balik rmh nyai cepat2...jadinya tukar la rancangan balik awal.   Kenapa aina nak balik Sg. Buloh awal?...pasalnya aina pikir ada kek utk aina yg Mak Awon da buatkan. Huh...tinggi tul harapnya la..   Aina : Cepat la balik rmh nyai jom.. Mak awon da buat kek tu.. eeii... tak sabarnya.. Agak-agak korang sanggup tgk harapan anak musnah tak??? Mestilah tak kan..jadinya aku pun bincang2 la dgn laki ku nak pegi gak bawak aina celebrate.  Mula-mula aina request nak KFC tp, aku reject psl da muak sgt. Last2 dia request Pizza Hut.. Ok la blh ikutkan.  Ko tgk la tu..tak dapat kek..dpt potong Pizza pun da kira seronok da utk dia. Maklumlah..org da paham nak sambut b