Posts

Showing posts from September, 2021

Mencari Rentak Yang Hilang

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hilang arah, hilang idea, hilang rentak, hilang...hilang... Pasti semua orang pernah mengalami rasa ini. Hilang sampai rasa nak hilangkan diri sendiri. Apa sebenarnya yang diperlukan? Mencari semula diri sendiri memerlukan masa dan ruang yang tersendiri. Kenapa perlu hilang? mungkin Allah nak menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang pernah kita miliki. Setiap kejadian, setiap keadaan, semuanya berlaku HANYA dengan izin Allah s.w.t. kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Kehilangan juga adalah salah satu bentuk pengajaran untuk kita sentiasa sedar akan keadaan sekeliling kita. Kehilangan mengajar kita erti kesabaran dan kebergantungan hidup kita kepada Allah yang esa. Mendapatkan semula rentak kehidupan yang telah dilalui selama ini mungkin tidak akan sama lagi. Mungkin juga rentak itu tidak sesuai lagi untuk digunakan kini. Lebih baik kita memulakan rentak yang baru dengan semangat yang lebih jitu. Tetapi nak mulakan rentak yang