Posts

Showing posts from February, 2015

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

Image
 Semalam hari terakhir aina & inas ke taska. Itupun atas permintaan pengasuh mereka. Bangun pagi aku baru baca whatsapp yg Ina hantar minta nak jaga Inas..katanya dpt jaga sehari pun jadilah.. Sedih je baca whatsapp tu...tak sampai hati lak rasanya tak bawak anak-anak jumpa dgn pengasuh diorg.  Hujung bulan Jan, aku memang da inform Ina awal2 kata bulan Feb Ainas last kat taska pasal kitorg nak pindah sungai buloh. So, pihak taska memang da sedia maklum la pasal tu. Tapi tu la..setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan.. Maka semalam adalah hari perpisahan buat Ainas & pengasuhnya. ***sedih ni*** Lepas baca whatsapp pagi tu, aku terus je buat keputusan nak bawak Ainas gi taska hari tu gak. Padahal papa diorg ada kat Kelantan daripada hari rabu sampai sabtu. So, aku pun memang gamble je la bawak keta dgn anak-anak tu. Kebetulan aina pun da terjaga, terus suruh dia siap nak pegi taska. Mula-mula tak nak gak dia ikut, pasalnya dia nak ikut gi ofis. Tapi, bila da sampai

Karnival Hari Keluarga MPOB

Image
Ini kisah bulan lepas.  Kitorg pegi menghabiskan masa bersama-sama & memeriahkan lagi hari keluarga MPOB. Kalo nak tau MPOB tu ape..sila la tanya kat google ye. Macam-macam pasal MPOB dia boleh cerita...hahaha... Dalam sedar tak sedar..aku da keje kt MPOB ni nak dekat 10 tahun da. Macam-macam pengalaman da aku hadap kat MPOB ni. "Sila jgn compare pengalaman keje aku dgn org-org yg da otai k."  Setiap tahun MPOB akan adalah acara-acara gini sebagai tanda menghargai warga kerja.  Alhamdulillah...seronok keje kat MPOB ni, lebih-lebih lagi aku kat department yg memang rata-rata anggotanya sangat muafakat. This time aku join hari keluarga MPOB aku bawak ahli keluarga baru iaitu Inas Nabeehah la and guest what???... this time aku agak gediks sikit pasal tetiba lak register Inas masuk pertandingan bayi sihat & Aina masuk pertandingan mewarna.  Hahahaha...enjoy hokey...tak pernah2 kot nak buat perangai gitu.  Tapi, yg tak bestnya masa pertandingan tu berlaku da

AINAS

Image
Aina + Inas = AINAS... hahaha...hanya gelaran semata-semata. terjadinya AINAS pasal senang nak sebut bila nak tanya kabar dua budak comel tu. Mula-mula guna AINAS tu masa sembang-sembang dgn family aku kat LINE. Selalu family aku tanya psl anak-anak syurga ku ni. Soalan selalu nya tanya 'aina & inas buat pe?...mula-mula jawab gak la 'aina main & inas tido'...lebih kurang camtu la bunyinya.. Bila da lama2 dok sebut aina & inas, last2 nak senang sebut AINAS kan aje...huhuhu... Aina sangat syg kan adik dia. Kadang-kadang tu ada gak la time jeles dia tu kalo aku lebihkan si adik drpd dia. Amik masa gak la dia nak terima sepenuhnya yg dia da jadi kakak tu. Dia tau dia da jadi kakak, cuma sifat seorang budak kan memerlukan perhatian yang lebih lebih-lebih lagi anak sulung. Tp, Alhamdulillah...aina cepat paham & banyak gak la tolak ansur dia dgn adik dia. Lahirnya aina sebagai pengikat cinta kami suami isteri. Kelahiran inas menguatkan lagi hubu

Misi Pindah Rumah

Image
Alhamdulillah, finally..... Setelah 5 tahun menduduki kuaters MKM, akhirnya kami dapat duduk kat luar. Macam-macam da kami hadap sepanjang menetap kat kuaters tu. Macam-macam cerita da kami dengar..tapi demi tugas, Mohd Fairuz setia & sedia menerima arahan. **tangan di bahu, mata ke atas**. Takmo la citer pasal kenapa kami keluar kuaters tu. Kami da redha je dengan semua yang berlaku. Susah senang kami sepanjang duduk kat situ pun bukan orang amik peduli sangat. Takpe, yang penting hasrat kami untuk duduk luar termakbul juga akhirnya. Sekurang-kurangnya En. Suami tidak lagi terlibat dengan tugas-tugas di malam hari. Tak perlu la dia nak standby setiap malam kan. Boleh la kami sekeluarga habiskan masa malam kami bersama-sama dengan tenang. Boleh la papa tolong jagakan anak-anak. Mama boleh buat keje rumah yang lain. Aku yakin, rezeki Allah sangatlah luas. Rezeki itu juga bukan lah dalam bentuk wang ringgit semata-mata. Kami dapat keluar kuaters juga adalah reze