Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)
Semalam hari terakhir aina & inas ke taska. Itupun atas permintaan pengasuh mereka. Bangun pagi aku baru baca whatsapp yg Ina hantar minta nak jaga Inas..katanya dpt jaga sehari pun jadilah.. Sedih je baca whatsapp tu...tak sampai hati lak rasanya tak bawak anak-anak jumpa dgn pengasuh diorg. Hujung bulan Jan, aku memang da inform Ina awal2 kata bulan Feb Ainas last kat taska pasal kitorg nak pindah sungai buloh. So, pihak taska memang da sedia maklum la pasal tu. Tapi tu la..setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan.. Maka semalam adalah hari perpisahan buat Ainas & pengasuhnya. ***sedih ni***
Lepas baca whatsapp pagi tu, aku terus je buat keputusan nak bawak Ainas gi taska hari tu gak. Padahal papa diorg ada kat Kelantan daripada hari rabu sampai sabtu. So, aku pun memang gamble je la bawak keta dgn anak-anak tu. Kebetulan aina pun da terjaga, terus suruh dia siap nak pegi taska. Mula-mula tak nak gak dia ikut, pasalnya dia nak ikut gi ofis. Tapi, bila da sampai taska, dia turun gak la dengan bawak baby patung dia tu. Sambil aku kalut-kalut menyiapkan diri sendiri, sambil tu inform kat mak kata nak hantar Ainas ke taska & sambil call Mr. Hubby & sambil buat pape yang patut, mak tolong aku siapkan anak-anak. Bila da mak ambil alih bab siapkan diorg, aku pun kemas beg taska & beg keje aku. Masuk dalam keta & terus gerak ke PJ. So, perjalanan aku semalam dari Sungai Buloh ke Petaling Jaya ke Bangi.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku semalam. Sepanjang nak sampai PJ, Inas tido elok je dalam car seat. Sampai je PJ, terus je hantar anak-anak ke taska. Yg paling tak sangka semalam pagi is Inas masih ingat lagi kat kakak Ain dia. Bila Ain pegang je, dia tak heran pun kat aku ni hah. Nampak sangat dia memang manja dengan Ain. Petang semalam masa nak amik, nampak Inas tido kat pangku Ain. Haish la Inas, manja nye la dgn kakak Ain tu. Kalo la Inas tau yg itu adalah hari terakhir dia kat taska tu, mesti Inas tak nak pisah gaknya. ***sedih lagi***
Ok la..ok la..semalam petang aku nangis gak bila tengok Ina peluk & cium aina, pastu tengok lak Ain peluk & cium2 Inas..ye hati mak terus sayu... Kalo la aku pindah kat area PJ or aku keje kt MKM, memang aku hantar anak-anak kat taska tu gak. Tapi apekan daya...aku pindah ke Sg. Buloh & aku lak keje kat Bangi.. Ya Allah, mudah2an ada yang lebih baik buat kami sekeluarga. ***nanges***
Akhir kata,
"Buat Ina, Ain & Aini, terima kasih banyak kerana menjaga anak-anak akak selama ni. Jasa baik korang memang takkan dilupakan. Korang jaga anak-anak akak dengan elok. Setiap kali akak balik keje reporter kecik (aina) akak tu selalu bagi report baik sepanjang hari dia kat taska. Setiap kali balik taska, anak-anak akak wangi je bila akak cium walupun kadang waktu pagi akak hantar budak-budak tu tak sempat mandi pun. Kadang-kadang busuk-busuk pun akak hantar kat korang..tapi korang terima gak..hahaha.. Kadang-kadang balik dari taska masing-masing comel je. Aina ikat rambut la, si Inas dgn toncet dia la.. Terima kasih la sangat-sangat kat korang kerana mengambil alih tugas-tugas yang sepatutnya akak yang buat. Akak minta maaf kat korang untuk perkara-perkara yang buat korang terasa hati. Terlebih & terkurang akak minta halal & akak halalkan semua yang akak pernah beri. Akak paham bukan senang nak jaga anak orang lain, tapi korang berjaya menjaga anak-anak akak dgn baik itu da cukup besar rahmat buat akak. Kalo taska sebelum ni tak tutup, mungkin akak tak jumpa korang. Akak doakan korang berjaya dunia & akhirat. InshaaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi lepas ni".
Ina, Erin, Aini, Aina, Ain & Inas |
Ina, Aina, Ain & Inas |
Tengok la, nama panggilan diorg pun lebih kurang je..
Ain & Inas |
Aina & Ina |
Comments
Post a Comment
-Maria Yusoff-