Posts

Showing posts from August, 2016

Awsome Weekend : Family Time

Image
  ♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥ Family time adalah masa yang paling ditunggu oleh anak-anak.  Lagi la macam kami ni hah..suami isteri bekerja.  Tambah lagi tempat kerja kami jauh dari rumah.  Jadinya kami memang habiskan masa dalam perjalanan je.  Masa untuk anak-anak hanya diperuntukan waktu malam dan hujung minggu.  Dunia bisnes lak 24 jam beroperasi menyebabkan kami kena pandai-pandai la menguruskan masa yang kami ada. Meluangkan masa bersama yang tersayang adalah sangat-sangat dinantikan.  Weekend yang lepas sepatutnya kami balik kampung Sepang.  Tapi, sebabkan M r. Hubby a.k.a Papa ainas a.k.a Fairuz ada event bersama rakan-rakan ofis dia yang mana mama & ainas pun dijemput sama, jadinya balik kampung kita tangguh ke minggu depannya.  Minggu ni pun tak jadi balik Sepang juga pasal Fairuz memenuhi tuntutan tugas r asmi sebagai penjawat awa m y ang membawa dia ber tugas di Melaka . Kisah weekend kami mungkin sama dengan weekend korang .  Malahan weekend korang

TINJAU PHOTOGRAPHY

Image
  ♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥ Dunia fotografi telah lama diceburi oleh Mohd Fairuz a.k.a Mr. Hubby ku.  Sejak mengenali dia, sememangnya minat dia terhadap bidang fotografi tidak dapat dinafikan lagi.  Itu juga adalah satu kelebihan buat diri kami sekeluarga pasal tak perlu hire orang luar untuk buat sesi bergambar.  Bermula dengan niat ingin belajar dan jadikan hobi, lama kelamaan terus dapat job untuk merakamkan gambar perkahwinan.   Kamera pertama yang dia guna adalah Nikkon D40 dan masih lagi berfungsi sekarang ini. Alhamdulillah, berkat dari job diterima, kini dia telah mempunyai lagi 2 biji kamera.  Kamera ke-2 yang dibelinya adalah Nikkon D90 dan seterusnya adalah Nikkon D7000.  Saya mungkin tak berapa paham sangat apa fungsi kamera yang dia ada tu.  Cuma yang saya faham adalah dia sangat bersungguh dalam bidang ini.  Saya hanya memberikan 100% support pada dia untuk dia terus berjaya. Selain daripada gambar perkahwinan, dia juga ada menerima job untuk majlis konvok

SIHAT ITU GEORGOUS, MUDA DAN KURUS

Image
  ♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥ Salam Jumaat yang barakah pada semua.  Saya doakan anda semua semoga sentiasa sihat dan dibawah lindungaNya.  Alhamdulillah, hari ni kita diberikan lagi nyawa dan masih bernafas lagi di dunia ini.  Cuba amalkan setiap pagi mengucap rasa bersyukur setiap pagi sejurus kita bangun dari tidur.  Ok lah, seperti yang saya janjikan kat status FB baru-baru ni, nah ini dia saya sharekan manfaat produk yang saya amalkan. Ada yang bertanya pada saya apa yang saya makan.  Saya pun tak pasti, adakah ketara sangat perbezaan yang berlaku pada diri saya ni.  Dalam pada saya tak sedar kan, rupa-rupanya ada yang sedang memerhatikan diri ini.  Gambar di atas tulah produk yang amalkan.  Penjagaan kesihatan daripada luar hingga ke dalam. Alhamdulillah, apa yang saya amakan itu banyak memberikan kesan yang baik pada diri saya sendiri. InshaAllah, next entry saya akan kongsikan satu per satu kelebihan produk tu semua.  Hari ni saya cuma nak bercerita secara santai

PERMULAAN DUNIA PERNIAGAAN

Image
  ♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥ Usahawan kini tidak asing lagi dalam hidup kami sekeluarga.  Dalam hidup yang serba mencabar sekarang ni, ramai orang telah mula menceburi bidang perniagaan.  Saya dan suami juga tidak terkecuali.  Walaupun sudah sedia maklum bahawa bidang perniagaan ini adalah bidang yang penuh dengan cabaran, tetapi saya dan suami teruskan juga melangkah hingga kini.  Kami saling memberikan semangat dan juga membantu antara satu sama lain walaupun perniagaan yang diceburi sangat berbeza.   Saya mula menceburi perniagaan MLM yang mana saya memang jatuh cinta dengan produk formulasi makanan sunnah yang dikeluarkan.  Bermula dengan hanya memerhati seorang rakan yang berjaya mengubah hidupnya dan keluarganya, saya terus menghubungi beliau untuk bertanyakan konsep perniagaan itu.  T ertarik dengan konsep yang dinyatakan, saya terus mendaftar menjadi rakan niaga bagi syarikat Ana Edar Sdn. Bhd.  Sejak awal mengenali produk yang diberi nama QASEH GOLD, saya tan

Photoshoot Raya by Tinjau Photography

Image
  ♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥ Salam Aidilfitri 2016 Wajib setiap tahun akan ada sesi photoshoot sempena hari raya.  Alhamdulillah, semua pun memberikan kerjasama dalam menjayakan sesi photoshoot ini.  Walaupun ada beberapa masalah kecil, sesi ini tetap diteruskan dengan jayanya.  Sesi photoshoot ni bukan cuma ambil gambar je.  Kitorang akan buat sikit makan-makan untuk dimakan selepas habis bergambar.  Biasanya kami buat potluck je la.  Masing-masing pun akan bawa hidangan sendiri untuk dikongsi bersama-sama. Tahun ni buat lepas solat asar.  Alhamdulillah, semua pun berjalan lancar.  Semua pun pandai jalankan peranan masing-masing.  Ini juga tersenarai dalam senarai Event Mak Ju & Pak Usop (Mak & Bapak).  Biasanya kami adik-beradik la akan berbincang kalau nak buat apa-apa event.  Mak & Bapak cuma layankan saje kehendak kami ni...hahahaha... Event kali ni juga menggunakan khidmat Tinjau Photography ...kontak dah sign kan...huhuhu Siapa-siapa berhajat nak