Awsome Weekend : Family Time
♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥
Family time adalah masa yang paling ditunggu oleh anak-anak. Lagi la macam kami ni hah..suami isteri bekerja. Tambah lagi tempat kerja kami jauh dari rumah. Jadinya kami memang habiskan masa dalam perjalanan je. Masa untuk anak-anak hanya diperuntukan waktu malam dan hujung minggu. Dunia bisnes lak 24 jam beroperasi menyebabkan kami kena pandai-pandai la menguruskan masa yang kami ada.
Meluangkan masa bersama yang tersayang adalah sangat-sangat dinantikan. Weekend yang lepas sepatutnya kami balik kampung Sepang. Tapi, sebabkan Mr. Hubby a.k.a Papa ainas a.k.a Fairuz ada event bersama rakan-rakan ofis dia yang mana mama & ainas pun dijemput sama, jadinya balik kampung kita tangguh ke minggu depannya. Minggu ni pun tak jadi balik Sepang juga pasal Fairuz memenuhi tuntutan tugas rasmi sebagai penjawat awam yang membawa dia bertugas di Melaka.
Kisah weekend kami mungkin sama dengan weekend korang. Malahan weekend korang mungkin lebih baik dari kami. Mana la tau, kot-kot ada yang pergi shopping kat overseas ke kan...hehe. Ok, weekend kami sebenarnya bermula pada malam hari jumaat. Sebenarnya Fairuz baru dapat payment job gantung bunting kat Putrajaya. Memandangkan dia sudi nak membelanja saya sehelai dua seluar, jadinya terus la otak ni ligat pikir nak ajak dia pegi The Store...hahaha...rezeki jangan ditolak weh!!. Setel hal beli seluar, terus je gerak nak balik rumah. Tiba-tiba lak Fairuz ajak anak-anaknya karok. Hm...kita layankan je la. Tak lama pun kat dalam, anak-anak tak tahan bunyi bising and pastu masing-masing pun dah mengantuk.
Hari sabtu petang lepas solat asar, kami sekeluarga gerak ke Klang, nak pegi makan stimboat katanya. Enjoy juga la masa makan tu. Anak-anak pun behave sangat, masing-masing pun teruja je makan malam tu. Alhamdulillah, kenyang kami semua. Thanks a lot for those yang belanja kami makan malam tu. Semoga Allah memberkati dan melipat gandakan rezeki kamu semua.
Selesai solat maghrib, pastu habiskan makanan, kitorang pun salam-salam dengan rakan-rakan dan kenalan. Memandangkan masih awal, kitorang decide nak singgah I-City Shah Alam, saje la nak bawak ainas jalan-jalan tengok lampu & tarikan kat situ. Masing-masing pun agak teruja tengok hiasan & permainan yang ada. Offcourse la anak-anak lebih tertarik nak main kan. Tapi, maaf ye anak-anak, kita cuma mampu untuk lihat je. Kitorang pegi kaunter tiket pun cuma reload RM30 je. Permainan yang ada kat situ mencecah RM10 untuk seorang. Jadinya, kita limitkan pada mainan yang lebih murah je la.
Alhamdulillah, anak-anak memahami. Lagipun, ketinggian Inas tak mencukupi nak main kebanyakan permainan yang ada. Kami lak tak nak biarkan aina maian sendirian. Jadinya kitorang naik kuda yang pusing-pusing tu je sudahnya. Jadila kan, itu pun RM5 sorang tau. MAHAL!!!! nasib Inas masih FREE pasal bawah tak cecah lagi 90cm. Masa nak balik, sempat la layankan Aina nak main kapal korek. Bagus gak permainan tu, dapat menggerakan motor skill mereka & latih untuk lebih fokus & dengar arahan.
Next time, plan nak datang lagi I-City just nak masuk Snow Walk je. Tarikan lain, tak tertarik sangat nak cuba setakat ni. Ok la, tu je nak share. bye.
-maria yusoff-
korang, Umooda ada offer sekarang ni. Meh Klik SINI.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Jika anda ingin mendapatkan Qaseh / UMooda / Shaklee,
Anda boleh hubungi saya seperti yang tertera di atas, penghantaran boleh dibuat secara C.O.D sekitar sungai Buloh dan juga kawasan yang berhampiran. Jika anda berada diluar kawasan sekitar penghantaran melalui pos boleh dilakukan.
Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer,
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY
Comments
Post a Comment
-Maria Yusoff-