KEMPEN #JOMPEKA : 2 SAAT DAPAT MENYELAMATKAN NYAWA
♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥ Terkesan dengan kisah kematian seorang kanak-kanak yang berusia 1 tahun di dalam sebuah kereta. Allah..kasihan pada anak itu. Tak sanggup saya nak baca kisah anak itu. Tak nak menyalahkan mana-mana pihak, kerana saya tidak mengetahui hal yang sebenar terjadi antara ibu dan bapa anak syurga itu. Apa yang dapat saya lakukan sekarang ini adalah saya ingin mengajak anda semua untuk sentiasa dan terus peka pada keadaan sekeliling anda. Keperihatinan anda itu mungkin dapat menyelamatkan nyawa sesorang. Bukanlah niat nak menjaga "tepi kain" orang lain. Tetapi, ada ketika, kita perlu ambil tahu dan ambil berat tentang orang lain juga. Marilah kita sama-sama peka dan memanjangkan kempen #JomPeka ini kepada orang ramai. Mudah-mudahan usaha yang tidak seberapa ini mampu membuka mata orang ramai untuk lebih memberikan perhatian pada orang lain dan bukan pada diri sendiri sahaja. Sama-sama kita memberikan bantuan sekiranya terdapat or