I am PROUD being a MOTHER
♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥
Mama!
Gelaran mama yang telah digalas selama 8 tahun ini adalah gelaran yang sangat membuatkan saya bahagia. Kenapa 8 tahun? sedangkan anak sulung (Aina) saya berusia 5 tahun. Bermula panggilan mama ini adalah daripada anak buah pertama (Aqil). Spontan sahaja terus membiasakan diri pada anak kecil itu dengan panggilan mama. Sekarang ini Aqil dah berusia 8 tahun. Itulah sejarah gelaran mama itu ada pada saya.
Setelah melahirkan Aina Faqihah, automatik gelaran itu menjadi rasmi pada diri saya. Sekarang ni, semua anak-anak (Elman, Amani, Ashraf, Inas, Hanan dan Ayra) panggil saya mama, walapun masing-masing ada ibu, mommy & ummi.
Mempunyai dua orang anak perempuan (Aina & Inas), membuatkan diri saya bangga setiap hari dan setiap masa walau di mana pun saya berada. Mendengarkan anak-anak memanggil saya mama, sentiasa membuatkan hati ini jatuh sayang pada mereka. Apatah lagi, melihatkan kenakalan dan kepetahan mereka yang semakin hari semakin bijak itu.
Alhamdulillah, syukur...saya dikurniakan rezeki untuk menggalas panggilan mama itu sehingga ke hari ini. Sungguh ia adalah kurniaan ilahi yang amat berharga buat diri ini.
-maria yusoff a.k.a mama maria-
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Jika anda ingin mendapatkan Qaseh / UMooda / Shaklee,
Anda boleh hubungi saya seperti yang tertera di atas, penghantaran boleh dibuat secara C.O.D sekitar sungai Buloh dan juga kawasan yang berhampiran. Jika anda berada diluar kawasan sekitar penghantaran melalui pos boleh dilakukan.
Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer,
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY
comey nye yang menonggek tu :D
ReplyDelete