Posts

Showing posts from February, 2017

◄ KURSUS ASAS PERBIDANAN DAN URUTAN TRADISIONAL WARISAN OPAH ►

Image
   ASSALAMUALAIKUM Hari Khamis cuti sempena sambutan hari Thaipusam. Saya ambil kesempatan hari cuti tu pegi belajar teknik urutan tradisional kat Nur Qaseh Network, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.  Allahuakbar, seronok sangat bila dapat ilmu yang memang sangat-sangat diperlukan sekarang ni. Sebab ape tau, kalau nak berjaya memang kena sentiasa belajar. Tak kira la apa jenis ilmu sekalipun, kalau ada peluang tu, pegilah belajar..cedok habis-habis ilmu yang cikgu tu ajarkan. Terminat dengan ilmu urut-mengurut ni bukan nya sebab ikut-ikutan ye. Saya sebenarnya pernah terlibat dengan bidang membelai orang ni sejak dari umur 16 tahun. Masa tu sekolah kat Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2. Masa tu bidang pengkhususan saya adalah Seni Kecantikan. So, nampak dah kan dari mana timbul minat dan skill yang ada dalam diri saya ni. Jangan korang nak pandai-pandai nak mengata lagi lepas ni ye....hahahaha... Ok, pasal kursus urutan tradisional ni, saya dapat info daripad