◄ KURSUS ASAS PERBIDANAN DAN URUTAN TRADISIONAL WARISAN OPAH ►
ASSALAMUALAIKUM
Hari Khamis cuti sempena sambutan hari Thaipusam. Saya ambil kesempatan hari cuti tu pegi belajar teknik urutan tradisional kat Nur Qaseh Network, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Allahuakbar, seronok sangat bila dapat ilmu yang memang sangat-sangat diperlukan sekarang ni. Sebab ape tau, kalau nak berjaya memang kena sentiasa belajar. Tak kira la apa jenis ilmu sekalipun, kalau ada peluang tu, pegilah belajar..cedok habis-habis ilmu yang cikgu tu ajarkan. Terminat dengan ilmu urut-mengurut ni bukan nya sebab ikut-ikutan ye. Saya sebenarnya pernah terlibat dengan bidang membelai orang ni sejak dari umur 16 tahun. Masa tu sekolah kat Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2. Masa tu bidang pengkhususan saya adalah Seni Kecantikan. So, nampak dah kan dari mana timbul minat dan skill yang ada dalam diri saya ni. Jangan korang nak pandai-pandai nak mengata lagi lepas ni ye....hahahaha...
Ok, pasal kursus urutan tradisional ni, saya dapat info daripada kawan facebook juga merangkap leader saya dalam Qaseh Gold. Actually akak ni ada kedai dan SPA, sebab tu dia ada ramai contact untuk kembangkan lagi bisness dia. Satu hari tu nampak dia post kat wall FB dia pasal kursus ni. Macam ada satu dorongan yang kuat dari dalam diri ni, terus komen kat post akak tu kata "memang nak join sangat". Balik je rumah, bagi tau suami, lepas tu minta restu mak dan bapak nak join kursus tu. Allahuakbar, rasa macam mudah sangat niat saya nak belajar urut tu. Semua orang yang saya tanya pun setuju dan bagi keizinan. Ye la kan..nak buat sesuatu, perlulah minta izin suami..tapi, bila dapat restu mak dan bapak lagi la besar nikmatnya tau.
Sehari sebelum mula kursus tu, penganjur whatsapp suruh sedia kan barang-barang nak guna masa kat kelas tu nanti. Malam tu punya la excited, kemas la keperluan sambil cakap kat anak-anak "mama nak pegi belajar"..Alhamdulillah, anak-anak sangat memahami dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Esok paginya bangun, baru terbaca lagi mesej kena bawak minyak Tonik Rambut Ana (untuk geng Qaseh). Bila dah lambat, barang yang nak dicari tu memang time tu la tak nampak. So, apa yang saya buat masa tu, terus pinterest resepi massage oil. Guna je oil apa yang ada masa tu, pasal PSK YL tak dapat lagi. Lucky me, dalam box oil Young Living memang dah ada Copaiba and Pan Away Essential Oil. So, dua oil ni pun dah cukup untuk blend supaya jadi minyak urut....yeay...problem setel.
Kursus berlangsung dari pukul 10 pagi sampai ke pukul 5 petang. Mula kursus tu dengan teknik ururtan V-Shape atau urutan BOTOX tanpa suntikan kat muka. So, masing-masing pun cari pasangan dan buat la teknik urutan yang cikgu Nita ajarkan. Part yang muka ni, especially yang cuci muka tu, saya dah pernah buat la, part yang nak kasi naik seri wajah tu je yang tak kena tau. Nak kasi naik seri tu dan nak kasi nampak muka lebih slim ada teknik dan urutan yang perlu dibuat. Nak urut tu pulak, ada satu benda tu namanya GUASA yang digunakan untuk buat teknik urutan tu. Sebenarnya boleh juga guna tangan, tapi kesannya tak sama dan mungkin tak berapa nak menjadi sangat. GUASA ni saya takde, memang kalau nak kena cari satu benda ni, baru boleh praktikan teknik tu. Tapi, yang penting kat sini, teknik urutan saya dah belajar..hahaha...nanti nak buat kat muka dengan harapan muka ku akan jadi lebih slim dari yang sekarang ni..hahahaha...kurus muka pun jadi lah...
Bersama founder Glorenze, Pn. Norazeerah Ahmad Nordin. |
Lepas dah selesai yang teknik muka tu, cikgu ajar full body massage. Yang ni memang tak boleh nak snap gambar, pasal makcik-makcik berkemban...hahahaha... Mula-mula saya yang urut orang..pasal saya memang nak tau sangat teknik yang betul. So, partner saya masa tu Pn. Noorazeera Ahmad Nordin, founder Glorenze Skin Care. Korang boleh terjah FB and page dia kalau nak tau pasal produk dia ye. Bagi orang yang dah pernah mengurut dan ada serba sedikit pasal ilmu mengurut, sebenarnya mudah je, cuma kena asah je lagi bakat tu, sampai boleh jadi Therapist yang berkebolehan. Bak kata cikgu Nita, therapist sekarang kena pandai kaitkan masalah dengan penyelesaian. Kena tau juga kaitan penyakit dengan cara kaedah tradisional dan moden.
So, siapa nak kena urut???? hehehehe...
Semasa kursus urutan ni, saya dapat jumpa kawan UiTM saya yang sampai sekarang ni pun masih lagi berhubung. Dia juga adalah leader saya yang banyak membantu sejak saya mula BerQaseh. Kawan saya ni juga salah seorang orang yang hebat dalam dunia Qaseh Gold. Dia la CEO Qaseh Kazim Network (QKN).
Bersama CEO QKN, Pn. Norhashimah Idris |
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer,
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY
Comments
Post a Comment
-Maria Yusoff-