Posts

Showing posts from March, 2020

HFMD : Dugaan awal tahun 2020

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut atau lebih ramai orang kenal dengan nama HFMD bukan lah baru kat negara kita. Ramai dah anak-anak orang lain kena, dan anak-anak saya yang kecil juga tidak terkecuali. Alhamdulillah, yang sulung Allah jaga dengan baik dan terlindung dari penyakit tu. Kisahnya bermula dengan Inas yang mendapat jangkitan daripada orang lain. Isnin - Balik dari tadika badan dia panas dan dia mengadu sejuk masa tengah hari..padahal cuaca punya la panas masa tu. Bila rasa badan dia hangat, ambil suhu takde tanda demam pun. Saya beranggapan dia letih je masa tu. Selasa-saya rehatkan dia kat rumah dan dia main dan makan macam biasa. Masih lagi dia tak tunjuk tanda dia demam, tapi badan dia cuma hangat je. Rabu-saya perasan ada tanda merah kat atas bibir dia. Balik rumah baru dia tunjuk yang kat kaki dan tangan dia. Malam tu juga, bawa ke klinik untuk kepastian, tapi doktor cuma kata kemungkinan. Malam tu saya asingkan