HFMD : Dugaan awal tahun 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut atau lebih ramai orang kenal dengan nama HFMD bukan lah baru kat negara kita. Ramai dah anak-anak orang lain kena, dan anak-anak saya yang kecil juga tidak terkecuali. Alhamdulillah, yang sulung Allah jaga dengan baik dan terlindung dari penyakit tu.

Kisahnya bermula dengan Inas yang mendapat jangkitan daripada orang lain. Isnin - Balik dari tadika badan dia panas dan dia mengadu sejuk masa tengah hari..padahal cuaca punya la panas masa tu. Bila rasa badan dia hangat, ambil suhu takde tanda demam pun. Saya beranggapan dia letih je masa tu.
Selasa-saya rehatkan dia kat rumah dan dia main dan makan macam biasa. Masih lagi dia tak tunjuk tanda dia demam, tapi badan dia cuma hangat je. Rabu-saya perasan ada tanda merah kat atas bibir dia. Balik rumah baru dia tunjuk yang kat kaki dan tangan dia. Malam tu juga, bawa ke klinik untuk kepastian, tapi doktor cuma kata kemungkinan.
Malam tu saya asingkan tempat tidur dia, asingkan pakaian yang dia pakai. Alhamdulillah, dia memahami dan akur je dengan arahan. Tapi, saya yang mak ni la terkesan tengok dia tidur sendiri..sebab selalunya dia la yang peluk saya masa tidur. Tak dapat tangan, kaki saya pun jadi la..
Khamis-bawa ke Klinik Mega Zahran di Bandar Baru Bangi. Walaupun jauh, tapi sebabkan saya selesa dan klinik tu mesra kanak-kanak, jadinya redah je la. Jumpa doktor dan sah HFMD. Masa ni Hawa dah mula demam, tapi belum ada tanda-tanda merah lagi. Doktor remind untuk datang sekali lagi bila dah ada tanda.

Jumaat-start cuti kuarantin dan pantau anak-anak yang tak sihat. Masak la bubur nasi sebab nak bagi mereka selesa makan pasal dalam mulut ada ulcer. Tanda merah kat Hawa dah mula muncul, tanda yang lebih halus dan banyak dari Inas. Malam tu repeat Klinik Mega Zahran dan doktor pun sahkan HFMD juga.
Disebabkan HFMD takde vaksin, jadinya cuma kawal suhu demam, batuk dan selesema dan sapu ubat untuk kurangkan gatal je. Selain tu, kebersihan rumah dan pakaian mereka memang kena extra kerja supaya bersih dan bebas kuman.
Comments
Post a Comment
-Maria Yusoff-