3 Weeks More

Alhamdulillah.....

Tinggal 3 minggu sahaja lagi utk saya menamatkan zaman bujang & melangkah ke alam perkahwinan. Segala persiapan banyak telah dilaksanakan. hanya tinggal masanyer sahaja utk dilangsungkan. semuanya diuruskan oleh saya, keluarga & tunang tercinta...(mohd fairuz tulus). Pakej perkahwinan saya akan diuruskan oleh La Diva (abg kamal, abg syam & cik tham). Jurusolek saya adalah pakcik saya sendiri iaitu En. Ismail (cik tham). Pelamin saya juga akan dihias oleh beliau dgn bantuan abg kamal or abg syam. Tak sabar rasanya nk tgk hasil kerja mereka....(walaupun pelamin nyer nnti lebih kurang sama dgn majlis jiran saya yg baru saje berlansung.....waaaaaaaa......sedih nyer hati ku ini, kerana secara kebetulan pelamin yg ku pilih sama lak dgn jiran ku....)...


Bercerita mengenai perhiasan bilik pengantin, saya sendiri telah menyediakan set cadar pengantin utk diguna dihari bahagia saya. Langsir baru juga telah dijahit oleh bonda tercinta dgn membawakan konsep inggeris. fuhh....love you la mak... Langsir bilik pengantin juga dijahit oleh bonda saya. warna pilihan adalah sepadan dgn warna cadar pengantin yg telah saya beli di Bandar Teknologi Kajang.


Baju nikah saya & tunang telah siap....cantik & elegen saya tgk...saya suka la yg teramat sangat & tak sabar utk menggayakannya dihari pernikahan saya.


Bunga dada juga telah disiapkan sepenuhnya..tggl tggu masa sahaja utk mengedarkan kepada para penanggah yg akan melakukan tugas dihari perkahwinan saya itu....



Berkenaan dgn gift utk jemputan, saya menyerahkan semuanya kepada keluarga saya utk menentukannya. Keputusan yg diambil adalah sapu tgn dalam kotak (awon sponsor kotak), kuih bahulu, kuih bangkit (ayu sponsor) & jelly sbagai cenderamata kpd tetamu.

Bunga pahar telah diuruskan oleh bonda & ayahanda saya. Mak & bapak nk guna telor utk bunga pahar & diletakkan dipelamin. Bapak nk sponsor telur masin (saya la yg plg happy bila mendengarkan bpk sendiri kata nk sponsor...love you so much bpk) utk diletakkan dibunga pahar yg berwarna biru. Manakala bunga pahar warna putih akan diletakkan telur ayam.


Bunga manggar saya telah dipilih warna silver & turqoise. saya suka sgt la kaler ni. bunga manggar telah diserahkan pada kawan baik saya Afzan utk diuruskan..(sbnrnya afzan sukarela nk membantu saya ni...saya hargai sgt2 wahai kawan).

Kad Kahwin saya telah pun siap dicetak & dlm proses pengedaran plak skrg ni. Tak sangka sggh bila saya melihat nama saya sendiri dicetak diatas kad tersebut....(berbunga2 hatiku ini...).

Photographer saya diuruskan oleh Abg Ipar Saya (mohd azril hisyam). OP saya nnti adalah kwn abg ipar saya. harga yang diberikan kepada saya amatlah menarik perhatian & memenuhi citarasa saya sbgai customer...tak sabar utk menantikan saat2 bersejarah saya diabadikan didalam album yg saya impikan.

Soal kenduri & yg lainnya diuruskan sepenuhnya oleh kedua ibu bapa saya & dibantu oleh ahli keluarga tersayang.

"Bila mata dipertemukan, Bila hati disatukan, Ku mohon Cinta dikekalkan"

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian