From DD to CD

Comel tak montot saya????..skrg ni sy telah bertukar kepada CD. mama & papa da takmo beli DD lagi..he..

Ape itu DD & CD??

DD = Disposable Dyper & CD = Cloth Dyper
Sebelum bersalin lagi saya telah menyediakan CD utk aina..(baru 4 keping je masa tu).

Kenapa saya bertukar kepada CD??
Selain daripada salah satu cara utk berjimat cermat, penggunaan CD ini juga dapat menyelamatkan bumi kita, kerana CD ini konsepnya adalah reusable. CD atau nama lainnya adalah kain lampin moden ini amat comel digunakan oleh anak2. Walaupun stok CD saya cuma ada beberapa keping je, tp, saya sedang berusaha utk menambahkan lagi stok utk keperluan anak saya. Mungkin skrg ni saya blm dpt merasakan lagi dari segi penjimatannya, sbb saya masih blm mempunyai CD yg mencukupi.

Alhamdulillah, niat utk memakaikan CD pada Aina disokong oleh Mr. Hubby. Apabila lengkap CD aina, maka kami tidak perlu lagi membeli DD. Cumanya, penjagaan CD perlu diambil kira bagi mengekalkan tahap mutu CD itu. Walaupun pada sesetengah org fikir yg CD itu cuma lah sebahagian dari kain, tetapi, sekiranya CD tidak dijaga dgn elok, ianya blh berlaku kebocoran & daya serapannya tidak lagi memuaskan. Banyak lagi yg perlu saya kupaskan mengenai CD ini, tetapi, saya hanyalah "budak baru belajar". Semoga kita berjumpa di n3 yg lain pula & mungkin mengenai CD lagi...

Salam hormat dari saya


F.A.M

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian