Penyusuan Susu Ibu


Assalamualaikum....

mari kita bercerita mengenai penyusuan.. Penyusuan yg dimaksudkan disini adalah penyusuan susu ibu (breastfeeding) secara ekslusif. Maksud penyusuan secara ekslusif ialah bayi yg baru lahir hanya diberikan susu ibu sahaja sehingga berusia 6 bulan. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

maklumat lanjut disini

Alhamdulillah, saya dapat menyusukan aina secara ekslusif. Sehingga kini Aina (7 bulan, 2 minggu & 5 hari) masih lagi menyusu dengan saya. Impian saya utk meneruskan penyusuan ini sehingga aina tidak lagi mau menyusu dgn saya. Sekurang2nya sehingga aina berusia 2 tahun...(max. 3 thn..he). Bagaimana saya boleh terlibat dengan impian yg sebegini???...


Kerana INI!!!

Pada usia kandungan 6bulan, saya telah mendaftarkan diri saya & Mr. Hubby kat kelas penyusuan Sarakids kat TTDI Jaya. Walaupun pada mulanya Mr. Hubby ku itu menunjukkan tanda2 tidak berminat utk mengetahui tetang b'feeding, tapi setelah mendapat ilmu yg telah diturunkan oleh Puan Farah Farhan (pakar laktasi), maka sekarang ini dialah org yg menyokong saya sepenuhnya. Tanpa kekuatan dia, mungkin aina skrg ni da minum susu formula gaknya..

(fokus kat lelaki yg berbaju cokelat itu...hahaha...sggh2 mendengar tau)

Kepada Mommy & mommy to be, saya sarankan sangat2 utk anda pergi ke kelas2 spt ini. Timbalah ilmu penyusuan ini sepenuhnya sekiranya anda telah berniat utk menyusukan anak dengan susu ibu sahaja. Walaupun penyusuan susu ibu ini nmpk mudah, tp yg sbnrnya, byk yg kita perlu tahu mengenai perkara2 yg berkaitan dgnnya.

Boleh refer kat sini juga
1. Sarakids blog
2. Blog Dunia Susu Ibu
3. Mom's @ KIM

I LOVE BREASTFEEDING
-Salam syg dari mama Aina-


F.A.M

Comments

  1. CABARAN penyusuan ibu secara ekslusif ni sangatlah mencabarnya..

    kena ada keazamat yang kuat dan sertailah dengan doa yang tidak putus-putus.

    InsyaAllah...rezeki datang dari ALLAh...dan konsep rezeki itu sangat LUAS....

    ReplyDelete

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian