♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: Jaundice @ Kuning

Tuesday, May 22, 2012

Jaundice @ Kuning

Assalamualaikum reader,

Topik kita pada n3 kali ini adalah psl Kuning @ Jaundice yg terdapat pada bayi.  Mari kita lihat bersama-sama.

 Ape itu Jaundice?
 
Jaundice – tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir. Tahap jaundice adalah tinggi lebih kurang hari keempat  dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran. 

Ingat, jaundice bukanlah tanda anak anda sakit/tidak normal atau anak anda mengalami penyakit.
Sewaktu bayi/anak kita di dalam rahim, bahan buangan akan dibuang melalui plasenta si ibu. Maknanya di sini bayi kita dibantu oleh si ibu. Namun, selepas bayi lahir, badannya sendiri harus melakukannya. Salah satu bahan buangan ini adalah BILIRUBIN. 

Badan bayi kita perlu masa untuk “belajar” membuang bilirubin sendiri. Jika kandungan bilirubin dalam badan terlalu tinggi, ini akan menyebabkan jaundice bayi tinggi. Hati akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayi (sel darah merah pecah lebih cepat sewaktu bayi berbanding org dewasa). Namun, hati bayi baru lahir masih belum matang dan mengambil masa untuk menyingkirkan bilirubin. Ini sebabnya 9 daripada 10 bayi mengalami kuning atau jaundice. Jika level bilirubin terlalu tinggi, kebiasaannya bayi akan ditahan dan diletakkan di bawah cahaya fototerapi.

Golden rule:
Bilirubin hanya boleh disingkirkan melalui najis bayi. adalah dinasihatkan utk menyusu bayi sekerap yang boleh supaya bilirubin boleh disingkirkan dengan cepat oleh najis bayi. Cara apa bayi boleh membuang najis dgn cepat? Tentulah susu ibu yang mudah dihadam itu! Bukan susu kambing, air masak atau susu formula

Sila maklum, ada beberapa sebab bayi mengalami kuning agak lama:

* Bayi lahir pra-matang
* Blood Group Incompatibility – Jika darah bayi berlainan dari ibunya, badan ibu akan mengeluarkan antibodi utk memusnahkan sel darah merah bayinya. Ini akan menyebabkan bilirubin build up dengan segera di dalam darah bayi. Jadi, kuning bayi akan menjadi tinggi dan lebih lama.
* Bayi mengalami breastmilk jaundice – ini yang kita akan kupaskan.
* Bayi terkena jangkitan atau penyakit lain.
* Kelenjar tiroid bayi tidak berfungsi dgn baik.
* Bayi mempunyai penyakit hati (jarang berlaku)

Golden rule:
* Kuning berlanjutan selepas 2 minggu utk full term baby dan 21 hari utk premature baby, this case should be investigated.
* Air kencing bayi menunjukkan warna yang tidak sepatutnya – ini harus di ambil perhatian dan tidak kira pada bila umur harinya.


APA ITU BREAST MILK JAUNDICE?

1- 2% bayi yang menyusu dgn ibunya secara eksklusif akan mengalaminya. Ini mungkin disebabkan terdapat substance yang terhasil di dalam susu ibunya yang akan menyebabkan level bilirubin meningkat.
tidak ada siapa yang boleh mengesahkan kandungan apa yang menyebabkan kes breastmilk jaundice, tetapi ada kandungannya yang menyerap semula bilirubin atau mengurangkan liver processes of bilirubin.

jika anda mengalami perkara yang sama, jangan diberhentikan penyusuan dan gantikan dgn air masak atau susu formula. Teruskan penyusuan. Yang penting, tahu berapa tahap bilirubin, pantau berat badan anak, sentiasa dapatkan nasihat doktor dan tiak malas utk ke klinik mengetahui perkembangan anak. Susukan anak on demand- bila2 masa dia mahu, perhatikan aktiviti ‘poo-poo’ nya, suhu badannya dan keadaannya.

* Sabar itu sangat penting – bertenang. Ibu harus bertenang dan tidak panik. apa yang penting, pantau keadaan anak. Jgn tak ambil tahu lgsg dan terus anggap “breast milk jaundice ni..” – Pastikan anak telah jalani test.
* Susukan sahaja bayi – anytime – lagi banyak dia buang air besar, lagi baik.
* Tiada campur tangan bahan lain dari orang lain – minum susu kambing, bagi banyak air masak, bagi bayi makan anggur muda, bagi makan ini dan itu sedangkan sistem pencernaan bayi masih belum matang utk itu. Bayi hanya perlu susu ibu dan hanya MAHU susu ibu.  

Ya, airmata itu akan sekali sekala jatuh, tp ia tak bermakna ianya sudah berakhir. Ya Allah, bantulah hambaMu dan ibu2 lain utk meneruskan misi penyusuan kami. Hanya padaMu kami memohon.
Jumpa Lagi.

Referrence: Jaundice 1
                   
p/s: Article ni saya pinjam dari blog Kak Farah Rahim (Sarakids).  Disini la tempat saya byk menimba ilmu mengenai b'feeding.
Saya juga ingin berjaya spt kak farah...Amin.....

Looking for Cloth Dypers (CD) & Other Baby Stuff....
Here at ChomeyCheeky@papa Biz. Facebook or Blog

3 comments:

  1. biasa la kan kalau baby kena kuning awal kelahiran? tapi..yang penting kuning baby tak terlalu tinggi..tul x?

    baby saya pun ada kena kuning gak.tapi kejap je la..xlama pun..dan tak tinggi..

    tp,masa nurse check bgtau ada kuning,walaupun tak tinggi,rasa sedih sangat..kesian kat baby..

    ReplyDelete
  2. betul tu, kuning mmg biasa utk baby kena especially baby boy. baby erna pn pernah kena ye..Alhamdulillah tak tinggi kan.

    Pada akak,sebenarnya masa mengandung kita kena jaga pemakanan & ambil acid folik, obimin n kalsium secukupnya. InshaAllah, dgn usaha & doa, baby akan terhindar dari sebarang penyakit.


    p/s: Asid folik tak pernah miss n masa dalam pantang mmg ubat doktor makan kasi habis & jaga makan. Alhamdulillah, aina tak kuning langsung..

    ReplyDelete
  3. saya sangat setuju tk perlu bagi susu kambing or else teruskan penyusuan ibu secara xclusif.

    ReplyDelete

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...