♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: Agar-Agar Laici

Friday, September 14, 2012

Agar-Agar Laici

Assalamualaikum.....
Meh nak share sikit pasal resepi ni.  Resepi ni mak saya minta kt Kakak Ipar nya (Mak Nah).  Raya tahun lepas kami beraya ke rmh Mak Nah, agar-agar ni yg dihidangkan.  Da la cuaca time tu mmg hangat, jadi agar2 ni mmg sangat la menyelerakan nmpknya.  Bila da rasa...mmg best je masuk kt tekak.  Tu yg mak minta resepi kt Mak Nah tu.  Hasilnya...ini lah dia...sy da pernah buat 2 kali hokey....



AGAR-AGAR LAICI


Bahan-bahan

  1. 1 tin laici    -  (laici susun kat dlm bekas)
  2. Sebungkus agar-agar
  3. ½ tin susu pekat
  4. 5 cawan air
  5. 5 biji telur      -  (asingkan putih & kuning)
  6. 1 sudu teh asam limau
  7. 1 sudu teh essen vanilla
  8. Gula secukup rasa


Cara-cara  (guna periuk yg besar kalo blh)

  1. Masak air bersama dengan agar-agar hingga hancur
  2. Pukul telur putih dan asam limau hingga kembang
  3. Pukul telur kuning bersama dengan susu pekat
  4. Masukkan air laici ke dalam agar-agar
  5. Masukkan adunan telur kuning dan susu pekat
  6. Masukkan gula & rasa manis ikut suka
  7. Masukkan essen vanilla
  8. Kecilkan api dan masukkan adunan putih telur, kacau hingga sebati (jgn lama sgt)
  9. Tuang ke dalam bekas dan kacau perlahan supaya laici bercampur sama.
  10. Sejukkan




Tips: kalo takde asam limau blh guna sunquick utk hilangkan bau hanyir telur

ChomeyCheeky Facebook or Blog

No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...