♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: Malam Tadi Punya Cerita

Wednesday, October 23, 2013

Malam Tadi Punya Cerita

Assalamualaikum....
Salam bersiaran setelah lama tak jenguk kat sini. Ni semua gara2 malas nak top up YES...hu3..

Ok, meh nak citer psl last night nyer story ye.  Sejak ptg smlm mmg da psg niat mlm nak gi cari kan sabun Hello Kitty aina....**oh ye...haku kena suka kt pink kaler skrg ni** pasal aina sedang dalam usaha utk 'toilet training'.  Hu3...ingat mama je kena gi cukupkan training kt tempat keje. Aina pun kena training gak kat rmh. Hahaha....takpe aina, mama sentiasa support aina. *Go Aina Go*

Bila sebut je nama aina, mesti nak citer psl dia lebih2 kan..padahal tajuk tulis nak citer psl lain. Ok..ok...haku start citer skrg gak. Malam tadi, lepas selesai shopping kat Giant PJ, kami 3 beranak ni saje la gi lepak2 kat 1 restoran ni. Pernah gak lepak2 kt situ sblm ni..cuma takde la kerap mana. Pasal niatnya cuma nak lepak2 smbil minum air & sembang2 je. Jadinya tu la restoran yg sesuai..

Alkisah...sedang kami tggu mimuman dtg..haku dgr cam ada brg yg dicampak kt meja belakang haku duduk.  Haku toleh la nak tgk sape..tgk2 orgnya da takde.  Ok la..haku teruskan misi melayan aina minum & di share telur separuh masak dgn papa dia.  Tak sangka lak yg aina boleh suka telur tu.

Akibat drpd keterujaan diri seorang mama ini, haku pun keluar kan phone samsung Note nak snap gmbr dia pastu gi post kt LINE chat K.A.M.I (adik beradik pompuan haku nyer chatgroup). Lepas tu mak awon si aina buat video call. Masa tgh layan video call tu la tiba2 ada seorang lelaki dtg duduk kt sblh Fairuz (papa aina).  Lelaki itu pun mula la tanya psl harga phone yg aku pegang tu.. Haku mmg confirm la tak layan sgt kan..ape hal lak ko sibuk2 nk tanya harga brg2 yg aku ada.  Da la haku tak kenal ko..dtg tiba2 nak tanya psl tu lak.  

Bila berada dalam situasi camtu, kita kena bertindak bijak.  Jangan layan sgt or buat tak tau je dgn org camtu.  Haku tiba2 ada 1 perasaan yg dpt rasa yg phone ku itu akan dirampas *tiba2 lak rasa cam nak terlibat dgn kes rompak kt situ*.  Ketika itu, video call between aina & mak awonnya masih sedang berlangsung.  Haku pegang phone kuat2 genggam smbil aina enjoy dgn video call tu.  Lelaki itu, masih lagi bercerita psl harga phone & dia pun pernah ada phone camtu.  Selebihnya haku tak dgr psl tak fokus kt ape yg dia ckp *tak paham ape yg dia bebelkan*. 

Sampai 1 tahap, da mula rasa yg lelaki itu sebenarnya kurang siuman, tp, seriusly bahasa inggeris dia bagus hokey.  Fairuz yg layan & tak layan sgt tu, smbil layan aina mkn...tiba2 kena marah dgn lelaki itu.. Lelaki tu soh biar je aina mkn sendiri, tak payah tolong2 pun.  Dia nak soh fairuz dgr je dia nak ckp.  Pastu tiba2 dia soh fairuz tulis something.  Dia amik kertas kt meja mkn kitorang tu, pastu soh amik pen tulis ape yg dia ckp.  Haku da mula pelik da masa tu.  Ape hal dia ni???? Dia siap soh tulis, pastu gi balai polis cek psl dia.  Ko tak rasa pelik time tuh... Da la ko punya ckp sepatah haram haku tak paham.  Masa tu gak sesi video call selesai..haku pun simpan phone dlm beg.  Lelaki tu bangun dari duduk dia nak cari pen or pensil pastu dia tanya kt dlm beg haku tu ada ke tak.  Lagi la bertambah pelik masa tu. 

Terus haku jwb takde la. Beg pun pegang rapat2 kt badan. Tiba2 dia tinggi suara. 'What kind of office are you, don't have pen?'.  Ek eleh...pe hal lak ni..da haku takde pen, nak marah2 lak.  Masa tu papa aina da siap sedia da utk sebarang kemungkinan yg akan berlaku.  Haku da start pandang2 belakang nk minta bantuan staff restoran tu.  Masa tu baru perasan, ada beberapa org da kat belakang haku tgh sedia je.  Haku pun pandang sorang tu, smbil buat muka minta tolong.... hu3..masa tu mmg tunjuk muka cuak da.  Pastu staff tu tanya la kot2 lelaki itu mmg sama2 dgn kitorang.   Haku buat lagi sekali muka cuak ckp 'NO'.  Haku mmg tak kenal dia. Pastu, staff tu pun ckp kt lelaki itu, supaya jgn ganggu kami.  Lelaki tu marah ko tau.  Dia still lagi soh fairuz tulis something kt kertas n dia da sediakan pensil.  Staff restoran ramai dtg kt meja kitorang.  Aina tiba2 senyap...muka pun cuak gak.  Mereka kena halau gak lelaki tu, psl da kira mengganggu la kan.  Pastu lelaki tu bangun & dia yg tulis kt kertas tu. Nmpknya cam no. ic & nama dia.  No. ic haku blh baca...yg nama dia tu ntah pape ntah yg dia tulis.  Last sekali masa dia kena halau dari meja kitorang tu dia ckp yg dia melayu... Pulok da!!!, marah tul dia psl melayu yg kt situ tak pertahankan dia.  

Da tu, lega la hatiku ini...bila dia da pegi.  Terus ckp ngan aina, cepat2 habiskn air..nak gerak balik rmh da.  Dalam pada tu, haku perati je lelaki tadi pegi arah mana. Giler tak takut ko...kena nya dia gi ikut kami smpai ke kereta... Tak menggelupur ko nnti.  Sblm keluar restoran tu haku perasan staff restoran tu dok berjaga2 je luar kedai tu supaya lelaki tu tak masuk balik.  Tekaan diorang mmg tepat. Lelaki tu mmg ada cubaan beberapa kali nk masuk restoran tu nak ganggu customer mereka.  Kami pun tgk2 keliling, nampak dia da jauh dari restoran tu, terus cabut cepat2 masuk dlm keta n kunci pintu keta smbil perati je lelaki tgh buat ape.  Nasib la keta kat depan restoran je.  Kena parking jauh...tak ke naya haku nak berlari2 smbil dokong aina dlm keadaan kerisauan yg melanda diri... *hamik ko ayat novel sudah keluar*

Ok, itu la saje cerita mlm tadi kami.


p/s : masa mula2 lelaki tu masuk restoran tu, Mr. Hubby mmg da nampak yg dia tak bape nak betul pasalnya habis semua chopstick, sudu, & garfu  & pensil yg ada kt meja kedai tu dia kutip masuk kt dlm plastik yg dia hangkut ke sana sini. 

3 comments:

  1. harus jadikan pengajaran ni..smua kena hati2..lagi2 kuar ngan anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pn..bila berdepan dgn org camni, kena relax. Ckp baik2 je..kalo kita buat tak tau mgkin dia akn lagi marah. So..be careful semua.

      Delete
  2. hoiii...scray....!!!

    kalau kena kat kami mmg mirzal dah sama naik dgn lelaki tu kot. dia mana suke org tengking2

    ReplyDelete

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...