Ber'cerai' la Sudah

Assalamualaikum...

ok, tgk tajuk n3 tu..sape paham maksudnya???
ada sape2 yg paham tak?? N3 kali nak cerita pasal kisah cerai saya...hu3...Hah!!! jgn nak pikir yg bukan2 ye.  Ni bukan kes cerai yg biasa2 kita dgr..Ni kisah cerai yg tak mungkin ku lupakan.
Relex..relex..jgn gelabah. Kisah cerai ni takde kena mengena dgn rumah tangga ku.  Alhamdulillah..sehingga kini rumah tangga yg dengan izin Allah ini masih kekal & bahagia.  Udah nak masuk 4 tahun da usia pernikahan ku & dia.  Takpe..yg ni kita buat n3 lain k.

Tajuk di atas dirujuk pada kes 'Cerai' Susu Badan.  Dengan ini diumumkan bahawasanya aina telah ber'cerai' dgn candunya...huhuhu...sedih mak!!!.  Bermula tahun 2014 maka dengan rasminya aina tidak lagi menyusu dgn ku. Tidur nyer kini hanya bertemankn botol susu, pelukan & tepukan mama. **sedih**

Hujung tahun lepas...mama mmg berazam sungguh2 utk memutuskan susu drpd si Aina.  Sebelum tu, da byk kali cuba, beberapa petua da ku cuba, tapi tak berjaya. Nescafe & sirap da byk kali try. Kesudahanya, aina suruh mama gi basuh or mandi. Setiap hari mama bagi tau aina yg aina da besar.  Tak boleh lagi menyusu ngan mama. Tapi aina nak2 jugak. Takpe, mama kasi can kt aina smpai hujung tahun 2013 je. Walaupun mama tak sampai hati gak nak buat, tp mama kena kuatkan semangat.  

Kenapa mama sungguh2 nak putuskan aina drpd susu mama???.

Ini jawapannya : 

1) Mama tak sanggup nak marah aina lagi:  Kisahnya, suatu malam tu, aina sgt2 melayan pe'el aina yg nak melekat tu je.  Malam tu tiba2 mama rasa rimas yg amat2 sgt. Mama rasa penat yg tak tertahan.  Lepas tu mama pun marah aina. Agak tinggi gak suara mama malam tu.  Aina nangis cari papa, tapi papa gi keje malam tu.  Mama rasa bersalah sgt sebab tak pasal2 je aina kena marah.  Sian aina malam tu.  Aina merajuk & nangis tp tak nak mama pujuk. Puas mama cari idea nak kasi aina tenang.  Bila da aina & mama da bertenang, baru la mama peluk aina semula sampai la aina tido kat mama. 

2) Aina Da 3 Tahun : “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”.  Tahun 2014 aina da 3 tahun sayang.  Mama rasa cukuplah perjalanan penyusuan aina bersama mama. Mama tetap sayangkan aina walapun aina tak menyusu dengan mama lagi.



3) Mama pregnant : da tiba masanya untuk aina dapat adik aina sendiri.  Papa & mama pun da lama tak pegang baby.  Rindu gak tgk baju aina yg kecik2 tu.  Mama simpan elok2 je baju aina yg lama2 tu utk buat baju basahan adik aina nanti.  Mama harap aina dapat jaga adik elok2 ye.


Comments

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian