♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: Bersalin (2) : Contractions

Monday, September 15, 2014

Bersalin (2) : Contractions

Sambungan kisah bersalin (1).  Pengalaman pecah ketuban sgt la berbeza sakitnya.  Perasaan ku masa tu da tak keruan.  Haku takleh nak bangun berdiri & berjalan pasal air ketuban tu akan mengalir keluar je.  Bila da jadi camtu, haku risau la...ye la..risau tak sempat sampai hospital.  Sudahnya haku duduk je kat katil sampai la Mr. Hubby settle sume barang2 & aina masuk dalam keta baru haku gerak pelan2 masuk keta gak.  Aina tgh tido lena sgt la mlm tu.  Maklumlah kul 12 tgh mlm kot.  Sebelum gerak ke hospital, haku sempat call mak, ayu & afzan utk inform psl tu.  Ayu haku minta tlg utk jaga aina mlm tu.  Afzan pun haku minta tlg gak utk jaga aina menjelang ayu nak sampai.  Alhamdulillah...urusan tu dipermudahkan oleh Allah.  

Sampai kat hospital Az-Zahrah Bangi kul 1 pagi.  Terus gi emergency & kena baring kat katil utk check up.  Sepanjang perjalanan nak sampai ke hospital haku da timming contraction.  Selang 5 minit sakit.  Bila sampai hospital, sakitnya makin kuat.  Ya Allah..tuhan je yg tau rasanya masa tu.  Alhamdulillah, masa sakit tu Mr. Hubby ada je sebelah.  Cumanya yang tak tahan tu...ada ke patut dia blh tanya soalan "sakit sgt ke ma?".  Rasa nak kasi tamparan wanita je kat dia... Sakit kali ni mmg lain macam sikit la.  Time aina dulu, haku blh gelak2 lagi menjelang nak sampai hospital.  Kira blh bertenang & relex je.  Sakit yg kali ni memang sgt2 sakit hokey... Kesian aina kena tgk mama dia tahan sakit masa tu.  Nampak dia cam sedih & dia takmo dekat pun dgn haku masa tu.  

Bidan datang cek bukaan da 4cm. So mmg kena terus ke labour room la jawabnya.  Masa tu Afzan da sampai utk tlg jaga aina psl ayu tak sampai lagi.  Ye la..jauh kot Sg. Buloh dgn Bangi.  Haku kena tukar baju hospital da.  Pastu kena la duduk kat kerusi roda & diorg tolak la.  Mr. Hubby pun ikut sama.  Oh ye..pengalaman bersalin kat private hospital sgt berbeza.  Kalo kat hospital kerajaan jgn harap la suami boleh tgk ape yg doktor2 buat kat isteri ye.  Isteri masuk jumpa doktor sorang2 sambil bwk perut...suami tggu je kat luar.  Kat private, suami mmg patut ada.  Untuk bagi sokongan & tgk ape yg jadi kat isteri.  1 pengalaman baru gak buat Mr. Hubby ku itu.

Kul 2 lebih kurang camtu, haku pun kena tolak ke labour room.  Sampai kat dlm labour room, diorg soh baring mengiring psl nak masuk ubat kat 'montot'.  Haku pelik la ubat ape lak kan..bidan tu kata ubat utk 'buang najis'..  Haku request nak buat sendiri, diorg tak kasi... Hahahaha... bersalin kan aina haku kena masukkn sendiri.  Mmg terkial2 gak la masa tu...yg ni org yg masukkan..segan gak weh.   Sepanjang dalam labour room, Mr. Hubby ada je kat sebelah konon2 kasi semangat la.  Ok la, ada gak la dia buat..dia soh aku istifar byk2..dia pun istifar sama kat telinga haku masa tgh contraction.  Sakit kali ni sampai menggigil2 badan tahan sakit tu.  

Bila da start pasang CTG kat perut tu, sakit nyer makin menjadi2 la.  Setiap kali ada contraction nurse2 sume da bersorak soh push.  Kat Az-Zahrah, konsep seboleh mungkin diorg takkan gunting kawasan perineum tu.  Biar proses bersalin tu semula jadi & tanpa sebarang guntingan / jahitan.  Tapi, haku tak dapat nak elakkan dari kena gunting pasal amik masa terlalu lama utk kepada baby keluar.

Ok, sambung next n3.  Da time nak balik rumah. 



4 comments:

  1. ate.....bile nak ngabih kesah beranak inas ni? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....beranak kt spital mahal citernya kena kasi panjang sikit la..haha..

      Delete

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...