♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: Misi Pindah Rumah

Monday, February 9, 2015

Misi Pindah Rumah



Alhamdulillah, finally.....
Setelah 5 tahun menduduki kuaters MKM, akhirnya kami dapat duduk kat luar. Macam-macam da kami hadap sepanjang menetap kat kuaters tu. Macam-macam cerita da kami dengar..tapi demi tugas, Mohd Fairuz setia & sedia menerima arahan. **tangan di bahu, mata ke atas**.

Takmo la citer pasal kenapa kami keluar kuaters tu. Kami da redha je dengan semua yang berlaku. Susah senang kami sepanjang duduk kat situ pun bukan orang amik peduli sangat. Takpe, yang penting hasrat kami untuk duduk luar termakbul juga akhirnya. Sekurang-kurangnya En. Suami tidak lagi terlibat dengan tugas-tugas di malam hari. Tak perlu la dia nak standby setiap malam kan. Boleh la kami sekeluarga habiskan masa malam kami bersama-sama dengan tenang.

Boleh la papa tolong jagakan anak-anak. Mama boleh buat keje rumah yang lain.

Aku yakin, rezeki Allah sangatlah luas. Rezeki itu juga bukan lah dalam bentuk wang ringgit semata-mata. Kami dapat keluar kuaters juga adalah rezeki buat kami sekeluarga. Rezeki ini juga kami kongsikan bersama keluarga sebelah aku, pasalnya kami pindah ke ladang baru, sg. buloh. Buat sementara waktu ni, kami tinggal dengan mak & bapak. Bukan tak cuba cari rumah sewa or nak beli rumah. Sampai sekarang ni pun belum berenti lagi mencari. Cuma belum jumpa lagi rezeki untuk kami.  Banyak perkara nak kena ambil kira berkenaan dgn hartanah.

InshaaAllah, ada rezeki yg diredhai Allah, kami pasti akan dapat juga apa yang sepatutnya menjadi milik kami. Buat masa ni, moh ler kita enjoy dulu duduk kat Ladang Baru tu. Sambil-sambil tu boleh kumpul duit sikit-sikit buat beli rumah.




No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...