♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: Aina Faqihah - 4 Tahun

Thursday, April 9, 2015

Aina Faqihah - 4 Tahun



5 April 2015, genaplah umur aina 4 tahun. Besar da anak mama & papa ni. This time birthday dia mama tak bawak pegi celebrate kat hotel. 

Kali ni mama bawak pegi makan Pizza Hut kat IOI City Mall je. Tu pun last minit punya decision. Asalnya nak gerak dari Sepang kul 5 petang..tp, da aina request nak balik rmh nyai cepat2...jadinya tukar la rancangan balik awal.  

Kenapa aina nak balik Sg. Buloh awal?...pasalnya aina pikir ada kek utk aina yg Mak Awon da buatkan. Huh...tinggi tul harapnya la..  

Aina : Cepat la balik rmh nyai jom.. Mak awon da buat kek tu.. eeii... tak sabarnya..

Agak-agak korang sanggup tgk harapan anak musnah tak???

Mestilah tak kan..jadinya aku pun bincang2 la dgn laki ku nak pegi gak bawak aina celebrate.  Mula-mula aina request nak KFC tp, aku reject psl da muak sgt. Last2 dia request Pizza Hut.. Ok la blh ikutkan. 

Ko tgk la tu..tak dapat kek..dpt potong Pizza pun da kira seronok da utk dia. Maklumlah..org da paham nak sambut birthday. 



"Happy birtday my dear Aina Faqihah..mama doakan aina membesar menjadi insan yang soleh, cemerlang dunia & akhirat."


p/s: sampai je rmh nyai..ada sambutan majlis kecil-kecilan yg mak aku plan utk dia. Alhamdulillah...dpt gak dia potong kek hari tu.  Terima kasih  pada semua yang ada pada malam tu. 



No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...