♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: Outing @ Setia City Mall

Wednesday, April 15, 2015

Outing @ Setia City Mall


11 April 2015 kitorg pegi jalan-jalan kat Setia City Mall, Klang.  10 April tarikh nikah kitorg, 11 April lak birthday Mr. hubby tu.  Jadinya kitorg decide bawak ainas pegi jalan-jalan hari tu.  Kakak aku yang awon tu pun aku angkut sekali gi jalan-jalan.  Senang sikit nak pasing2 anak....hahahaha...

That day..aku memang nak enjoy & nak kasi ainas enjoy spend time.  Kiranya seronok gak la lepak kat mall tu.  Ada macam2 aktiviti yang the whole family boleh buat kat situ.  Kitorg gerak dari rumah pukul 12.30 pm. Ingatkan jauh sangat la Setia City Mall tu...pasal dengar bunyinya cam kat Klang kan. Pegi situ pun pasal ayu kata ada stall untuk sewa kasut roda.  Sebab nak try aina main kasut roda la aku excited nak bawak dia pegi situ.

 Senang je nak sampai ke mall ni, dari sungai buloh, masuk highway guthrie, pastu masuk highway NKVE arah ke Klang dan tuju ke arah Setia Alam.  Sampai je mall, kitorg terus cari tempat nak makan dulu..pasalnya dah tengahari.  Fairuz request nak makan Tepanyaki, so kitorg pun pegi la kat situ.  Lepas makan terus gerak cari taman yg ayu bagi tau.  Oh ye...Setia City Mall ni ayu yang suggest pasal ada tempat untuk family aktiviti tu la.  Bila da jumpa taman tu, masa tu baru pukul 2.30 petang.  Kitorg pun decide pegi cari surau and solat zohor dulu.  Pastu jalan-jalan tengok kasut ngan kedai-kedai lain.

Sebelum pegi main kat taman, kita kasi budak kecik ni tido dulu.  Takde la dia meragam or buat hal jap lagi.   



Mula-mula test main kasut roda dulu.  Sebenarnya aina request hadiah kasut roda sempena birthday dia.  Jadinya tu yang aku nak kasi experience sikit kat dia pasal kasut roda ni.  Fairuz pun kena la main sama..pasal nak ngajar aina la kononya kan.  Tp, ni lebih kurang cam 'bapak ketam nak ajar anak jalan lurus' gak la... wakakaka... Nak sewa kasut roda ni RM15 sepasang kasut utk 1/2 jam. Tp, kitorg kena caj sampai RM25 pasal lebih masa 10 minit. Huh!!!...10 minit pun nak berkira.

Lepas pulang balik kasut roda, aina request nak main bubble lak. Kat sini nampak dia sangat enjoy. Siap lari kejar bubble. Bubble ni pun sewa gak..RM3 dapat 1 set bekas sabun + 1 stick. Kalo nak tambah stick kena tambah RM3.  Jadinya baik la korang bayar RM6 je terus minta 2 set. 

Inas pun enjoy sangat...kalo da berjalan mau berkejar kitorg dengan dia.  Kalo boleh semua benda pun dia nak pegang.  Bukan nya nak di dokong, dia nak turun merangkak kat atas rumput tu.  Huh!!...tak padan dengan kecik.


Ok gak la lepak kat mall ni..lepas ni memang ada plan nak datang lagi la kat sini. Nak ajak anak-anak yang lain enjoy sama-sama.  Pastu nak soh Fairuz bawak camera besar dia buat photoshoot.. wuuhuu...

ok chow.

No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...