♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: ♥ Trip : Kelantan - Terengganu 2015 ♥

Monday, June 15, 2015

♥ Trip : Kelantan - Terengganu 2015 ♥

 

Ini dinamakan trip terkejut.  Trip yang dirancang hanya dalam masa less than a month. Secara tepatnya hanya mengambil masa 2 minggu je buat plan yang ala kadar je.  But, still we had so much fun & enjoy the trip.  Sometime, perancangan yang tiba-tiba tu la buat semuanya jadi nyata..hahaha...  Trip kali ni cuma melibatkanya 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak, which is my husband, my self, my eldest sister and my cute little AINAS.  Jadinya, trip kali ni cuma sebiji kereta je yang diperlukan.  Seronok..seriusly seronok, perjalanan kami, santai-santai je.  Walaupun Kelantan tu jauh, tapi, kami berjaya sampai ke destinasi dalam keadaan yang sihat.   Kami stay kat Irama Inn, tak jauh daripada pantai Irama & rumah mertua abangku. 

Tujuan ke Kelantan untuk attend kenduri aqiqah anak buah ku yang bernama Nur Safinah Amani Binti Mohd Zafir Ishamuallah yang dibuat di Bachok. (Amani adalah permata yang ditunggu oleh Abang & kakak Ipar ku selama 8 tahun usia perkahwinan mereka.  Alhamdulillah, doa mereka dimakbulkan oleh Allah.  Sekarang ni Amani dah berumur 3 tahun pada tahun ni).  Malam di Kelantan, kami sempat gak pegi tengok ke Wakaf Che Yeh (WCY).  To me, WCY tak jauh beza pun dengan Uptown Kota Damansara.  So, nothing special to me about WCY and nothing to say about it.

Nak dijadikan cerita, sebelum gerak ke Kelantan, En. Suami ku itu, dapat jemputan juga yang mana sepupunya buat majlis kenduri kawin untuk anaknya.  Alang-alang kami memang nak ke Kelantan, makanya dapatlah pergi kenduri kawin anak sepupu Fairuz gak yang diadakan di Machang.  Selesai semua di Machang, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Terengganu melalui Jalan Pantai.  SubhanaAllah, bumi Kelantan sangat berbeza dengan Selangor.  Air laut & pantai di Kelantan sangat cantik & bersih.  Kami sempat singgah ke area pantai Penarik just nak menghargai keindahan alam ciptaan Allah itu.  Tapi, sebahagian daripada itu, kena cebuk montot si Inas, pasal dia buat 'jamban' kat dalam kereta..... hhhmm... adik oh adik..

Sepanjang perjalanan di tepi laut kat Pantai Penarik tu, kami singgah ke gerai tepi jalan yang ada jual segala macam jenis masakan yang dinamakan celup tepung.  Tapi, masa kami sampai yang tinggal cuma sotong je.  Jadinya, sotong pun sotong la..asalkan dapat makan.  Sampai je kat Kuala Terengganu, kami sempat singgah ke Masjid Kristal untuk solat jamak.  Pastu kami jumpa abang and gerak ke Marang lak untuk makan malam dan singgah bermalam di rumah banglo pak mertua abangku di Marang.  Esoknya (Isnin), kami pun meneruskan perjalanan untuk gerak balik ke Sg. Buloh.  Singgah di Kemaman makan sata di Warung Aziz Satar.  Alhamdulillah, selamat sampai di Sg. Buloh waktu maghrib dan dalam keadaan yang sihat juga.


*Renungan bersama*

Sebelum decide nak pegi Kelantan ni, macam-macam perkara yang kami semua ambil kira terutamanya bab kos perjalanan & duit baki untuk meneruskan kehidupan hingga la tiba gaji seterusnya.  Tapi, aku percaya akan rezeki yang telah Allah caturkan untuk kita semua.  Pergi ke Kelantan dengan niat ingin memenuhi jemputan daripada abangku sendiri & ingin membuatkan dia gembira & bahagia melihat ada ahli keluarganya datang ke majlis aqiqah anaknya.  Alhamdulillah, aku sendiri pun merasakan indahnya saat-saat bila bersama keluarga yang tersayang.

Pahit & manis sepanjang perjalanan adalah normal.  Lagi-lagi bila melibatkan anak-anak yang kecil.  Sebagai mama, semuanya pun nak difikirkan & nak dilakukan.  Alhamdulillah, kakak ku yang sulung banyak membantu.  Baik dari segi wang ringgit sampailah jaga anak-anak.... huhuhu....

♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥ 
Enjoy the picture.










 ♥ maria yusoff ♥

1 comment:

  1. Yang penting ade org tolong amik gambar... hehe

    apepon.. i is jeles!!

    ReplyDelete

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...