♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: ♥ Debt Free : Kereta & Study ♥

Thursday, July 9, 2015

♥ Debt Free : Kereta & Study ♥

 

Dalam tak sedar dah tinggal beberapa hari je nak sambut raya.  Aku memang eksited nak raya tahun ni.  Maklumlah tahun lepas tak beria sangat beraya.. dalam pantang la katakan..hehe..  Tahun ni lak Inas dah umur setahun.. tu yang lagi teruja tu..nak nengok kan keletahnya yang comel tu.  

Alhamdulillah, puasa tahun ni banyak rezeki yang dikurniakan kepada kami.  Salah satu daripadanya adalah langsai hutang kereta dan hutang belajar.  9 tahun aku nak menunggu setel 2 jenis hutang tu.  Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah..so that, raya tahun ni adalah rezeki lebih sikit nak celebrate.

 


1) Langsai hutang kereta : Ni la kereta kancil ku yang banyak menabur jasa pada kami sekeluarga.  Daripada zaman aku bujang dia setia je dengan aku.  Awal tahun kahwin pun dia masih lagi menjadi teman ku kemana-mana je.  Jauh dah perjalanan dia pegi.  9 tahun dah usia dia.  Alhamdulillah, kini dia masih lagi kekal dengan ku.


2) Langsai hutang belajar : Aku sambung belajar masa amik Diploma kat UiTM, aku buat pinjaman daripada Yayasan Selangor.  Bila start keje kat MPOB, aku start buat potongan gaji untuk bayar balik duit pinjaman tu.  RM200.00 gaji aku kena potong setiap bulan.  Alhamdulillah, bulan 4 2015 adalah bulan terakhir potongan gaji dibuat.  Kini, aku ada lebihan sikit untuk buat tampung belanja sekeluarga.

Sungguh semua itu datangnya daripada Allah jua.  Ada beberapa lagi hutang yang aku perlu setelkan sebelum aku berangan nak berenti keje... wuhuuu.....

No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...