♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: ♥ Aidilfitri : Eh..Citer Raya Tak Habis lagi la... ♥

Wednesday, August 12, 2015

♥ Aidilfitri : Eh..Citer Raya Tak Habis lagi la... ♥

 

Syawal kan sebulan..jadinya, mari kita penuhi blog ini dengan kisah sepanjang syawal je.. muhahahaha... kalo muak baca sila la tunggu entry selepas habis syawal.. ngeh3..
Takpe-takpe..ni aku kasi forward citer secepat yang boleh tau.. jangan la muak baca blog aku ni tau.. hehe...

Raya ke-3 (Ahad) aku masih lagi di Sepang, tapi pagi raya ke-3 tu dah memang siap-siap nak balik Sg. Buloh dah la.  Pasal aku nak beraya dengan family belah aku lak.  So, hari sabtu malam aku dah siap-siap kemas barang supaya esok pagi aku boleh gerak awal.  'TAKTIK' kena mau ada ye..hehe..
Pagi ahad tu, siap je terus gerak balik. Memang aku target keluar dari rumah abah pukul 8 pagi.  Bukan ape, aku nak kena kejarkan agenda di Sg. Buloh lak.  Mak & Bapak nak gerak ke Bukit Jelutong tengahari tu.  Jadinya, aku harus la follow sama..kang tercicir lak, tak sampai aku ke rumah Tok Ncik aku tu..

 Mama sempat selfie dengan Inas masa on the way ke Sg. Buloh.

Alhamdulillah, tahun ni aku dan keluarga masih lagi diberi peluang untuk bersalam raya dengan mak dan bapak.  Syukur sangat Allah masih beri kami peluang untuk beraya dengan bapak.  Pada yang tak tau, sebenarnya hujung tahun lepas kami telah diuji oleh Allah dengan ujian yang amat getir untuk kami lalui.  Nantilah aku cuba buat entry tentang tragedi di bulan Disember 2014.
Sebelum gerak ke Bukit Jelutong, kita snap dulu sekeping gambar.
 Gambar ni time nak gerak balik.  Kat rumah Tok ncik tak bergambar kenapa ntah???..
 Ni gambar kat rumah Azim.  Maknya isteri sepupu aku.  Anaknya si Bob, mak aku yang bela.  Lagi sekali, tempek gambar takde tuan rumah.  Secara jujurnya, setiap rumah yang aku pegi, ada makan-makan.  Makan kat rumah mak si Bob ni sangat best, walaupun dia cuma masak sardin je ko..agaknya perut dah muak kot nak masuk rendang. Bila dapat sardin, fuh!!! Nikmat..


♥------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------♥
Raya ke-4 : Menara Ambank, KL, LCC & Taman Burung

♥-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------♥
Ini adalah pertama kali aku buat keje ni.  Tak pernah sekali pun sebelum ni aku pegi beraya kat tempat lain selain dari rumah keluarga, saudara-mara mahupun kawan-kawan.  Sungguh weh..kalo tak kerana geran kereta, takde nya kami tiba-tiba pegi KL time hari raya la.  Oh ye, aku pegi KL kena bawak Ayu pasal geran kereta tu atas nama dia.  Aku cuma owner kereta tu yang bayar setiap bulan je.  Hehehe...   kat Menara Ambank tak amik gambar lak..pasal tumpuan masing-masing terutamanya anak-anak nak pegi KLCC je...

Akhirnya, sampai gak la diorang kat KLCC.  Masing-masing pun excited la bila nampak KLCC tu.  "Anak-anak, jangan kata mama, papa, ibu & ayah tak bawak pegi KLCC lepas ni ye, bukti ada beserta gambar tu".. 

Kat KLCC, takde ape pun aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.  Nak masuk Aquaria???... memang tak la.. mahal kot.  Petrosains??? pun tak jugak la.  Sudahnya, ibu pun ajak pegi Taman burung.  Tiket masuk takde la murah sangat pun, tapi yang syoknya kita boleh mengenali hidupan yang lain.



Seriusly, anak-anak sangat enjoy dapat masuk sini.  Tengok je la gambar-gambar kat atas tu, diorang boleh tengok burung, bagi ikan makan, ada show burung gak.  Cuma, kena hati-hati la ye.. maklumlah dah namanya Taman Burung, najis-najis burung confirmlah bersepah & silap hari bulan, boleh kena 'bom' atas kepala.  Kebanyakan burung-burung kat situ, dibiarkan bebas.


 Tiket masuk : RM25 (dewasa)
      


Ok...sekian saje la buat masa ni.

♥maria yusoff♥

No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...