♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: ♥ Ainas Tengok Wayang ♥

Monday, October 12, 2015

♥ Ainas Tengok Wayang ♥


Rentetan dari kisah INAS tak sihat DISINI,....hehehe.. 

Mama decide bawak Ainas pegi buat terapi minda.  Selain untuk anak-anak mama, PaMa pun memerlukan terapi untuk diri sendiri... Eh..eh.. ke mama je yang lebih perlukan terapi ni..huhuhu.. Ah..tak kiralah, kalo mama perlukan terapi, makanya papa harus diheret bersama-sama bagi melaksanakan rancangan.  Hehehe...diktator sangat mama ni kan..

Ok..lepas je keluar dari Hospital Az-zahrah (pesakit luar je pun), mama terus ajak papa pegi bawak Ainas jalan-jalan.  Pada mulanya PaMa ni tak tau nak dihalakan ke mana arah kami pada masa tu.  Tiba-tiba teringat Aina nak tengok wayang cerita Hotel Transylvania.  Al-kisah, dia dapat tau sepupu dia (Aqil) pegi tengok wayang citer tu dengan ibu and ayahnya.  Apa lagi, kawan tu pun mula la tuntut nak tengok wayang gak.  So, kitorang pun terus la gerak ke IOI City Mall, Bangi.

Sebenarnya pun, last time Aina tengok wayang cerita Smurf 2.  Lepas-lepas tu ada gak la nak tengok cerita Rio 2, tapi masa tu takde waktu yang sesuai.  Ni la kali ke dua Aina dan kali pertama untuk Inas jejak kaki ke panggung wayang.  Tapi, ini adalah kali ke-5 mama tengok wayang sepanjang mama hidup di dunia ini.  Nampak tak, betapa mama ni bukan la seorang kaki wayang..nampak kan..huahahaha...

Alhamdulillah, rezeki kami masa tu, elok sampai je kat kaunter tiket, wayang pun sedang elok je nak mula and dapat seat pun sesuai je.  The best part is, Inas sangat memberi kerjasama masa kat dalam wayang tu.  Dia pandai enjoy movie tu, dia layang pop corn and pastu dia siap tidur lagi.  Nampak gayanya boleh bawak gi tengok wayang lagi si adik comel tu.  Aina???.. memang dia la yang paling excited pun.  Next movie nak tengok Kungfu Panda 3 lak.  Citer tu konfirm la pecah perut & mesti penuh wayang time tu.  



p/s : sedikit review pasal GSC di IOI City Mall - Seat luas, Ainas share kerusi yang sama. Ruang laluan pun luas and selesa. 

Ni gambar pagi sebelum pegi hospital.  Ainas layan Nasi lemak + Ayam goreng rempah while PaMa layan Roti Canai Kari Kambing.


No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...