♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: ♥ Aina Bersukan ♥

Friday, November 6, 2015

♥ Aina Bersukan ♥



11 Oktober 2015 - Aina ada hari sukan yang menggabungkan 12 sekolah tabika KEMAS Dun Kuang.  Dalam tak sedar besar dah anak mama ni, dah boleh masuk acara sukan..hehehe... Ni semua pun jasa besar Cikgu Uda nya yang banyak memberikan tunjuk ajar dan membimbing Aina.  Hari sukan tu Aina masuk 3 acara daripada 5 acara yang dipertandingkan.  Aina masuk acara "memancing ikan", "susun tin" dan "bawa bola pingpong".

Di usia 4 tahun ni, mama tak expect la aina akan hebat sangat.  Aina dah boleh lari dan fokus masa tu pun dah kira baik.  Maklumlah, ramai sangat orang yang aina tak kenal kat tengah padang tu.  Aina tetap gak teruskan acara sukan tu sampai la ke penyampaian hadiah.  Aina boleh dengar cakap cikgu & auntie sue masa tu pun dah cukup hebat buat mama.

Seronok bila dapat tengok aina pandai berkawan.  Walaupun mama tak dapat nak bagi support sepenuhnya kat aina masa sukan tu, tapi mama tetap bangga dengan aina.  Masa aina buat senamrobik mama cuma dapat tengok dari kamera papa je, pasal mama kena jaga adik Inas.  


Bila nyai and ibu dah sampai baru la mama boleh tinggalkan adik sekejap untuk tengok aina main "bawa bola pingpong" tu.  Mama nampak aina tengah beratur, mama bagi semangat kat aina, tapi aina nampak cam nak nangis je masa tu.  Mungkin keadaan masa tu panas kan, buat aina rasa letih and penat nak teruskan permainan.  Itulah namanya sukan nak..kalo sukan tak letih bukan sukan la namanya...huhuhu..










No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...