PERMULAAN DUNIA PERNIAGAAN

 ♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥


Usahawan kini tidak asing lagi dalam hidup kami sekeluarga.  Dalam hidup yang serba mencabar sekarang ni, ramai orang telah mula menceburi bidang perniagaan.  Saya dan suami juga tidak terkecuali.  Walaupun sudah sedia maklum bahawa bidang perniagaan ini adalah bidang yang penuh dengan cabaran, tetapi saya dan suami teruskan juga melangkah hingga kini.  Kami saling memberikan semangat dan juga membantu antara satu sama lain walaupun perniagaan yang diceburi sangat berbeza.  
Saya mula menceburi perniagaan MLM yang mana saya memang jatuh cinta dengan produk formulasi makanan sunnah yang dikeluarkan.  Bermula dengan hanya memerhati seorang rakan yang berjaya mengubah hidupnya dan keluarganya, saya terus menghubungi beliau untuk bertanyakan konsep perniagaan itu.  Tertarik dengan konsep yang dinyatakan, saya terus mendaftar menjadi rakan niaga bagi syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. 

Sejak awal mengenali produk yang diberi nama QASEH GOLD, saya tanpa menunggu lebih lama terus membuat pesanan QASEH GOLD JUNIOR untuk anak tersayang bagi mengatasi masalah sembelit beliau.  Alhamdulillah, sehingga kini anak saya masih lagi setia ditemani oleh QASEH JUNIOR dalam kehidupan seharian dia.  Melihatkan kesan positif pada masalah sembeli yang anak saya hidapi, maka saya pun terus mengorak langkah mula mempromosikan rangkaian produk QASEH GOLD.

Alhamdulillah, QASEH GOLD sememangnya telah mendapat tempat dihati ramai orang.  Dalam pada ramai yang tidak sedar, syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. sebenarnya telah lama bertapak dan memulakan perniagaan.  Sebelum jadi rakan niaga (RANIA), saya tak pernah dengar langsung pasal produk QASEH ni.  Malahan, saya jarang sekali mengamalkan makanan sunnah.  Kini, QASEH sentiasa dihati dan mulut saya, kerana ternyata QASEH sangat mudah diamalkan dan juga dijual.  

Sejak tahun 2013 hingga la kini, saya masih lagi mengamalkan QASEH GOLD ADINDA setiap pagi sejurus selepas habis solat subuh.  Melihatkan kesan positif yang saya sendiri alami, maka itulah yang menguatkan saya untuk terus dalam bidang MLM ini.  Apabila kita sebagai peniaga sendiri yang mengamalkan dan merasakan perubahan, maka adalah lebih mudah untuk kita berbicara dengan customer atau pun bakal customer kita.

Sampai setakat ni sahaja dulu. InshaAllah, saya akan kongsikan pula berkenaan kisah perniagaan suami saya pula.  Semoga entry saya dapat memberikan inspirasi pada semua yang ingin mengorak langkah dalam menceburi bidang perniagaan.  Salam berjaya dari saya buat anda semua.

Sekiranya anda berhajat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk QASEH GOLD atau ingin memulakan binses, sila la singgah di page FB : FORMULASI MAKANAN SUNNAH DAN HERBA TERPILIH atau boleh juga lawat blog FORMULASI QASEH GOLD saya.  


Maria Yusoff
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



Jika anda ingin mendapatkan Qaseh / UMooda / Shaklee,
Anda  boleh hubungi saya seperti yang tertera di atas, penghantaran boleh dibuat secara C.O.D sekitar sungai Buloh dan juga kawasan yang berhampiran. Jika anda berada diluar kawasan sekitar penghantaran melalui pos boleh dilakukan.


Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer, 
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY 

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian