Photoshoot Raya by Tinjau Photography

 ♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥

Salam Aidilfitri 2016

Wajib setiap tahun akan ada sesi photoshoot sempena hari raya.  Alhamdulillah, semua pun memberikan kerjasama dalam menjayakan sesi photoshoot ini.  Walaupun ada beberapa masalah kecil, sesi ini tetap diteruskan dengan jayanya.  Sesi photoshoot ni bukan cuma ambil gambar je.  Kitorang akan buat sikit makan-makan untuk dimakan selepas habis bergambar.  Biasanya kami buat potluck je la.  Masing-masing pun akan bawa hidangan sendiri untuk dikongsi bersama-sama.

Tahun ni buat lepas solat asar.  Alhamdulillah, semua pun berjalan lancar.  Semua pun pandai jalankan peranan masing-masing.  Ini juga tersenarai dalam senarai Event Mak Ju & Pak Usop (Mak & Bapak).  Biasanya kami adik-beradik la akan berbincang kalau nak buat apa-apa event.  Mak & Bapak cuma layankan saje kehendak kami ni...hahahaha...

Event kali ni juga menggunakan khidmat Tinjau Photography...kontak dah sign kan...huhuhu
Siapa-siapa berhajat nak buat sesi bergambar boleh contact kat FB Tinjau ye.


Setiap kali buat event, pasti akan ada anak-anak yang akan buat hal.  This year, anak mama on the top of list.  Cepat sangat sentap sejak kebelakangan ni.  Tapi, dia tetap "Queen Elsa" mama dan papa.  Harapnya dia akan lebih paham seiiring dengan usianya.

Aqil, Inas, Amani, Aina

Anak-anak adalah anugerah Allah yang diamanahkan pada kita untuk menjaga dan mendidik mereka.  Ada ketika mereka dapat memberikan kerjasama yang baik.  Time ni la kita sebagai orang dewasa kena cekap dan cepat untuk beri arahan untuk diorang kasi pose mereka yang paling baik.  Hasilnya, gambar pun jadi cantik dan menarik.

FAMILY MAK JU & PAK USOP
Alhamdulillah, syukur kerana kami diberikan rezeki kesihatan yang baik, dapat berkumpul beramai-ramai, dapat beraya bersama, dapat berkongsi rezeki dan kegembiraan antara satu sama lain.  Semoga hubungan ini kekal hinggah ke jannah.


HAPPY FAMILY. 
Bapak + Mak + 5 Anak + 4 Menantu + 8 Cucu and still counting


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



Jika anda ingin mendapatkan Qaseh / UMooda / Shaklee,
Anda  boleh hubungi saya seperti yang tertera di atas, penghantaran boleh dibuat secara C.O.D sekitar sungai Buloh dan juga kawasan yang berhampiran. Jika anda berada diluar kawasan sekitar penghantaran melalui pos boleh dilakukan.


Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer, 
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY 

Comments

  1. ade service photoshoot kat rumah eh?
    PM Quotation sis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ada beberapa pakej yang ditawarkan.
      boleh pilih lokasi shooting sendiri.
      Extra charge hanya dikenakan sekiranya lokasi pilihan lebih jauh dari kawasan jajahan tinjau.... :D

      mohon pm FB atau whatsapp kami ye sis.

      Delete

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian