TINJAU PHOTOGRAPHY

 ♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥


Dunia fotografi telah lama diceburi oleh Mohd Fairuz a.k.a Mr. Hubby ku.  Sejak mengenali dia, sememangnya minat dia terhadap bidang fotografi tidak dapat dinafikan lagi.  Itu juga adalah satu kelebihan buat diri kami sekeluarga pasal tak perlu hire orang luar untuk buat sesi bergambar.  Bermula dengan niat ingin belajar dan jadikan hobi, lama kelamaan terus dapat job untuk merakamkan gambar perkahwinan.  

Kamera pertama yang dia guna adalah Nikkon D40 dan masih lagi berfungsi sekarang ini. Alhamdulillah, berkat dari job diterima, kini dia telah mempunyai lagi 2 biji kamera.  Kamera ke-2 yang dibelinya adalah Nikkon D90 dan seterusnya adalah Nikkon D7000.  Saya mungkin tak berapa paham sangat apa fungsi kamera yang dia ada tu.  Cuma yang saya faham adalah dia sangat bersungguh dalam bidang ini.  Saya hanya memberikan 100% support pada dia untuk dia terus berjaya.

Selain daripada gambar perkahwinan, dia juga ada menerima job untuk majlis konvokesyen kanak-kanak tadika.  Sudah 3 tahun berturut kalau tak silap saya dia dapat job konvo tu. Melihatkan kesungguhan dia, saya juga turut sama belajar sikit-sikit pasal kamera tu. Mungkin bila saya lebih faham, saya juga boleh menyumbangkan idea pada dia untuk jadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Sesiapa yang berhajat nak tengok hasil photo yang Mohd Fairuz buat boleh la jenguk ke FB Page dia.  Sebarang maklumat lanjut boleh terus pm atau whatsapp pada dia terus ye

Ok la, salam jumpa lagi dia entry yang seterusnya.

#MariaYusoff
#TinjauPhotography
#FairuzTulus 

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



Jika anda ingin mendapatkan Qaseh / UMooda / Shaklee,
Anda  boleh hubungi saya seperti yang tertera di atas, penghantaran boleh dibuat secara C.O.D sekitar sungai Buloh dan juga kawasan yang berhampiran. Jika anda berada diluar kawasan sekitar penghantaran melalui pos boleh dilakukan.


Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer, 
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY 

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian