NOTA ILMU PENYU MERATAP

 ♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥

Alhamdulillah, Allah telah bukakan hati ini untuk terus menuntut ilmu demi mengejar sebuah impian.  Pada hari Isnin dan Selasa baru ni, berlangsunglah sesi menuntut ilmu bersama seorang usahawan Qaseh Gold dan founder Umooda Double Collagen iaitu Pn. Zalina Zulkapli atau lebih mesra dipanggil Chek Na semasa majlis berlangsung.  


Penyu Meratap itu adalah istilah untuk 'branding' diri beliau.  Mengenali kisah hidup seekor penyu memberikan gambaran bahawa walaupun lambat dan lembut, inshaAllah tercapai juga apa yang dihajati.

Chek Na mengingatkan untuk tanamkan dalam diri bahawa kita adalah usahawan dan usahawan tidak kenal erti mengalah, tidak memberikan sebarang alasan, perlu gigih berusaha, membuat sesuatu hingga jadi dan lakukan dengan bersungguh-sungguh.  Dalam bisnes apa yang penting adalah 'result' dan bukannya 'sebab'.  Maka itu, perlu buat sampai jadi.

Kaitkan idea bisnes kepada Allah, kemudian suami dan ibu bapa.  Mohon restu dan berkat doa mereka agar kita boleh berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.  Sebagai usahawan, kita wajib tahu dengan jelas 'bisnes plan' sesuatu bisnes itu.  

Bisnes trading lebih kepada menjual produk.  Manakala 'Multi Level Marketing' pula adalah lebih fokus kepada network.  Sebenarnya, setiap hari pun usahawan kena buang rasa malu bagi mengembangkan lagi network anda.  

Everything is all about YAKIN.

Ok la, cukup dulu untuk entry ini.  Next entry saya nak tulis pasal topik KENALI PROSPEK ANDA.  Saya akan kongsikan juga tips-tips menarik BAGAIMANA CARA YANG BETUL UNTUK BERSEMBANG DENGAN CUSTOMER.  Semua tulisan ini adalah hasil dari kelas online malam tu.  Semoga ianya memberikan manfaat kepada anda yang membacanya.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



Jika anda ingin mendapatkan Qaseh / UMooda / Shaklee,
Anda  boleh hubungi saya seperti yang tertera di atas, penghantaran boleh dibuat secara C.O.D sekitar sungai Buloh dan juga kawasan yang berhampiran. Jika anda berada diluar kawasan sekitar penghantaran melalui pos boleh dilakukan.


Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer, 
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY 

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian