♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: Nota Penyu Meratap : KENALI PROSPEK

Wednesday, October 26, 2016

Nota Penyu Meratap : KENALI PROSPEK

 ♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥

Seperti yang dijanjikan, entry kali ini saya nak share cara untuk mengenali prospek. 





#1 - 'LOVE YOUR CUSTOMER MORE THAN YOUR PRODUCT'.  

Caranya adalah dengan kenali AVATAR (profile pelanggan) kita.  Mengenali AVATAR pelanggan bukan sahaja bermaksud nama, no.telefon, alamat sahaja tetapi termasuklah seperti masalah, jantina, lokasi, hobi dan juga nafsu berbelanja.  

Tapi, bagaimana cara nak dapatkan maklumat ni semua kan. Langkah pertama kita adalah menjadikan pelanggan itu sebagai kawan.  Kena la rajin bersembang dengan pelanggan kita tu.  Melalui kaedah itu la, kita boleh dapatkan maklumat bagi melengkapkan AVATAR pelanggan kita tu.
Bila AVATAR pelanggan dah lengkap, lebih mudah untuk kita menjual produk pada prospek atau bakal prospek kita tu.



#2 - 'CUSTOMER DATABASE'

Setiap usahawan perlu mempunyai database pelanggan mereka. Database ini memerlukan kita untuk merekod setiap nama, barang belian, tarikh belian dan tarikh ulangan belian pelanggan.  Melalui database, kita boleh nampak corak perbelanjaan customer kita. Walaupun otak kita cukup hebat untuk menyimpan segala maklumat, tetapi kita tetap perlu menyediakan database pelanggan untuk rujukan pada masa akan datang.  
Melalui database pelanggan juga, kita akan dapat mengenalpasti siapakah pelanggan 'emas' kita.  Pelanggan emas perlu dijaga rapi, kerana mereka ini lah lubuk duit bagi perniagaan kita sebenarnya.  Cara nak jaga pelanggan emas ini tak susah mana pun. Cuma tanya khabar mereka, sesekali hantarkan promosi terkini pada mereka dan berikan lah ucapan hari lahir tanda kita ingat pada mereka



#3 - BANTU PELANGGAN

Disamping menjual, kita juga digalakkan untuk membantu pelanggan agar mereka rasa lebih dekat dengan kita. Contoh kalau kita jual produk masakan, kongsi la resepi masakan dengan pelanggan. Kalau buka travel agency pula boleh la kongsikan panduan & lokasi bercuti yang menarik. Sekiranya jual produk kuruskan badan, cuba kongsi tips-tips untuk kurangkan berat badan, panduan pemakanan yang sihat dan juga senaman yang bersesuaian.




Sekian dulu untuk entry kali ini. Semoga kalian yang membaca dapat manfaat daripada penulisan saya ini.  

'Harta kalau dibelanjakan akan berkurangan, 
tetapi, ilmu kalau digunakan akan berkembang'

-Maria Yusoff-
Wellness Mama Store
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



Jika anda ingin mendapatkan Qaseh / UMooda / Shaklee,
Anda  boleh hubungi saya seperti yang tertera di atas, penghantaran boleh dibuat secara C.O.D sekitar sungai Buloh dan juga kawasan yang berhampiran. Jika anda berada diluar kawasan sekitar penghantaran melalui pos boleh dilakukan.


Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer, 
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY 

No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...