► Kesan Essential Oil pada Anak◄

  ASSALAMUALAIKUM

Siapa yang friend dengan aku kat FB, mesti pernah nampak gambar kat bawah ni.  Pasal semalam baru je ku upload.  Kalau sesape yang friend atau follow FB / IG aku mesti tau pasal 3 botol minyak kat dalam gambar ni.  Ke korang belum follow??...huhu..ok..ok, nanti korang boleh search marrya.yusoff kat FB tau. Kalau IG pulak, korang boleh search mariayusoff. Follow tau..nanti aku follow korang balik. 

Sejak kenal Young Living (YL), memang tak pernah lagi mengecewakan.  Alhamdulillah, anak-anak pun serasi dan suka bila kena sapu-sapu tu.  Macam aku citer sebelum ni, setiap satu minyak Young Living ni ada khasiat dan kesan yang tersendiri. Cough & calming blend tu adik aku yang blend kan minyaknya. Aku terlibat dengan YL ni pun sebab dia la yang kenalkan.  Bukan sebab bisness semata-mata, tapi lebih kepada kesihatan pada mulanya.  Produk makan, kita makan. Tapi yang ni produk pakai sapu-sapu je. So, kesan dan tindakannya berbeza, tapi tujuannya sama iaitu untuk kesihatan badan.


Mula-mula try guna 'Calming Blend'. Tu pun sebab dapat free pasal aku carikan anak kutu diffuser untuk adik aku tu.  Hahaha... So, start tu la aku terjebak dengan YL. Calming blend ni fungsinya untuk membantu emosi menjadi lebih tenang. Dah namanya pun calm kan.. Purposely adik aku buat untuk anak aku yang sulung.  Time tu perangai Aina, sangat mengjengkelkan..kahkahkah.. memang sakit jiwa gak la bila dia buat perangai yang buat jiwa dan hatiku rasa macam nak meletup je.  So, once dah dapat oil tu, memang apply terus kat dia dengan harapan berubah la sikit perangainya tu.  Lucky me, my kids memang suka kena massage. Sampai ke hari ni, calming blend jadi rutin tiap malam akan disapukan sebelum diorang tidur.

Malam tadi, buka lagi night spa untuk aina & inas (ainas).  Adik aku kata, calming blend yang baru ni, dia guna resepi yang lain daripada yang sebelum ni.  Katanya kali ni, dia ada letak essential oil (e.o) orange untuk boost happy mood katanya. Memang ada nampak kesan yang ketara bezanya.  Kesan tu pun beza antara kakak & adik.  Kalau yang sebelum kesannya memang diorang akan lebih relax, lebih tenang & tidur pun lebih lena.  Calming blend yang baru ni, kesan kat aina, sama takde beza sangat.  Siap ape tau, aina dengan rela hati kata nak tidur.  Punya la senang, tak payah nak bergaduh suruh tutup tab / phone pun.  Terus je dia susun badan, tak lama tu terus senyap.

Beza dengan inas...dia memang tak buat hal, tapi dia jadi macam seronok je tidur lambat.  Kakak nya dah lena, dia boleh lagi buat muka gembira sambil layan tv..tapi mama kena golek samala.  Jangan harap la mama nak bangun buat keje lain ye.  Sudahnya, mama yang lelap dulu, pasal mama sapu calming blend kat temple area gak sebelum tu..huhu

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Ingin mencuba menjana pendapatan bersama kami?? 
Boleh PM saya di FB Wellness Mama Store


Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer, 
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY 

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian