YOUNG LIVING INDEPENDENT DISTRIBUTOR

  ASSALAMUALAIKUM


Mood excited sangat dari semalam lepas dapat email dari Young Living (YL)..huhu..
Now, dengan rasminya i dah jadi member YL. Seronok ke??, to me, kena seronok la, pasal i dah bagi komitmen dalam kutu Premium Starter Kit (PSK). Kalau dah seronok, memang saje buang duit namanya tu. Sesiapa nak join boleh whatsapp i bila-bila masa je. I tolong you all sampai boleh berniaga macam orang lain juga.

Ok, kenapa YL? Jujurnya, i suka sebab boleh DIY produk sendiri menggunakan oil dari YL tu. I memang berangan nak keluarkan produk sendiri sebenarnya. Cuma tak cukup ilmu lagi nak pikirkan produk yang bersesuaian. Mudah-mudahan dengan YL ni, i akan dapat ilmu lagi dan boleh keluarkan produk sendiri satu hari nanti.  Ok, selain daripada tu, oil dari YL ni memang memberikan kesan yang memuaskan.  Tak kisah lah single oil atau pun blended oil. Semua pun ada kesan yang baik pada kami sekeluarga.  Pengalaman sendiri guna R.C (blended oil), memang best.

Bulan lepas, Allah kasi i batuk yang agak lama. Almost 2 weeks juga la. Masalahnya, i memang tak suka makan ubat batuk. Boleh muntah kot kalau paksa juga makan. No wonder la, my kids pun macam tu juga..hahahaha... Bila badan dah mula tak sihat, macam-macam la penyakit yang datang kan. Pakej batuk + selesema tu wajib la.  Apa yang i buat cumalah ikhtiar dengan Essential Oil (EO) semata-mata.  So, i just neat (sapu) R.C je kat area leher and hidung.  Sambil-sambil tu, tenyeh juga la Cough Blend by Aroma Health, selang-seli dengan R.C.  Yes, it takes time untuk sembuh sepenuhnya.  Paling penting, i tak perlu hadap ubat batuk lagi dah lepas ni. Lagipun tak suka, sebab kalau makan boleh jadi mengantuk. Nanti keje hape pun tak boleh nak siap.

Tapi ye la, apa-apa jenis ikhtiar sama ada produk makan mahupun produk sapu, kena ingat, kesembuhan itu datangnya dari Allah s.w.t sahaja. Kalau Allah dah izinkan untuk sihat, makan sihatlah kita. Tapi, selagi belum diizinkanNya, teruskanlah berikhtiar dan berdoa hanya kepadaNya.  Jangan sesekali meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t.  "Hasbunallah Wani'mal Wakil"

Korang, kalau berhajat nak cuba YL, boleh contact i anytime ok. InshaAllah, i akan bantu sampai korang paham fungsi dan kesan Essential Oil YL ni.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Ingin mencuba menjana pendapatan bersama kami?? 
Boleh PM saya di FB Wellness Mama Store


Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer, 
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY 

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian