♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: ► First Day di Sekolah Baru di tahun 2017◄

Friday, January 13, 2017

► First Day di Sekolah Baru di tahun 2017◄

  ASSALAMUALAIKUM

Dalam pada sedar tak sedar, 2 minggu pertama tahun 2017 dah berlalu. Dalam masa 2 minggu ni pulak ada macam-macam aktiviti yang aku dan family hadap. First week of new year, of course la busy dengan alam persekolahan. Rata-rata pun semua parent mesti nak kisahkan hal anak-anak bersekolah. Kitorang pun sama macam parent yang lain gak. Actually, seminggu sebelum sekolah buka pun aku dah mula prepare keperluan anak...hahaha....macam anak tak pernah pegi sekolah lak kan. Padahal umur 4 tahun aina dah mula ke sekolah...huhuhu...


Ok, sebenarnya macam ni, tahun ni lain sikit pasal nya aina tukar sekolah. Takde isu besar pun pasal sesi pembelajaran kat sekolah KEMAS tu. Cuma this year, aku nak aina belajar & fokus lebih sikit dan bersiap sedia nak masuk darjah 1 nanti. Kisah nak tukar sekolah ni pun banyak la sangat cabaran dan dugaan tau...yang ni biarlah aku simpan je dalam kenangan...huhu..

So sekolah baru yang kitorang setuju ni memang menepati citarasa dan persetujuan ramai. Alhamdulillah, sekolah kali ni berkonsepkan islamic, so banyak la yang aina boleh belajar kat sekolah ni. Nak harapkan aku balik keje mengajar dia, memang tak terbuat. Aku sampai pun paling awal hampir nak maghrib. Takpe la...mungkin ini adalah yang terbaik untuk dia. Sekolah ni pun terpilih sebab dekat dengan rumah mak aku. Andai kata ada emergency, inshaAllah mak & bapak aku boleh pegi terus ke sekolah dia. 

First day pegi sekolah memang excited sangat walaupun kena bangun pukul 6 pagi. Bangun pun tak banyak hal, elok je mandi pastu pakai baju. Tengoklah muka di pagi hari dah senyum-senyum gitu. Sebelum pegi sekolah tu, fokus and calming blend memang ku kasi calit sikit nak bagi mood dia tak swing. Aina kena duduk kat sekolah sampai petang, sebab aku bayar sekali untuk transit dia. Nak biasakan diri dia la ni kononnya sebab tahun depan dah darjah 1. Alahai...besar dah hah anak mama.


Kitorang habis keje baru la pegi amik dia kat sekolah. Hari pertama balik sekolah awal sikit pasal mama cuti. Jumpa je dia, macam-macam soalan yang aku tanya kat dia..hahaha... excited cum risau kot. Dalam kepala aku ni, macam-macam la pikir pasal dia sepanjang hari kat sekolah tu. Standard la naluri mak-mak yang sayang anak kan. Lagi-lagi la anak sulung, semua nya pun pengalaman yang baru. Bila dengar dia cerita yang dia seronok kat sekolah tu, memang lega sangat perasaan aku ni. Boleh nampak dia serasi dengan teachers dan kawan-kawan. 

Tapi...tapi... tapi kan..

"mama, kenapa aina kena duduk kat sekolah tu sampai petang?, aina tak nak la..aina nak balik pagi..."

Ini sindrom budak sekolah 1/2 hari je sebelum ni. Sebelum ni, habis je sekolah dia akan balik rumah. Tahun ni, dia kena duduk transit, tu yang dia tak biasa lagi tu. Kemaruk main pun ye juga tu. Mana taknya, sampai je rumah, terus sibuk nak main toys dia. Gelak je tengok kan perangai dia tu.  


3 hari pegi sekolah, esoknya dia dah mula kata tak nak sekolah...ah! sudah..time ni memang berdoa je la dia tak buat perangai masa kena kejut bangun pagi. So, apa yang aku usahakan adalah dengan sapu calming blend / deep sleep balm setiap malam sebelum tidur. So that, dia akan tidur lena dan inshaAllah bangun pagi tak teruk sangat tantrum dia. 

Biasa la budak-budak bila kena kejut bangun mestilah marah kan. Kita sendiri pun rasa nak makan orang kalau tidur terganggu. Setakat hari ni, ikhtiar aku tu berhasil dan banyak sangat beza dia tau. Bukan setakat anak je tau, kita sendiri pun relax je nak mengisahkan dia nak pegi sekolah tu. Nak marah pagi-pagi buta tu pun tak guna, lagi stress jadinya nanti.



p/s: Kalau ada yang nak calming blend / sleep balm tu boleh je roger akak ye. :-)

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Ingin mencuba menjana pendapatan bersama kami?? 
Boleh PM saya di FB Maria Yusoff


Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer, 
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY 

No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...