♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: ► Tuntut ilmu di Melaka ◄

Thursday, January 26, 2017

► Tuntut ilmu di Melaka ◄

  ASSALAMUALAIKUM

Setiap hari adalah hari untuk kita belajar. Ilmu itu perlu dicari dan dituntut. Tak kisah la ilmu apa pun kan, yang penting kita nak belajar. Kisah belajar kali ni kat Melaka, tuntut ilmu pasal DIY homemade balm. Allahuakbar..tak pernah terpikir tau nak buat gini. Tak pernah pun aku heran nak belajar pasal buat balm sendiri selama ni. Tak nak panjang cerita, semua ni jadi lepas aku start join Young Living. 

Masa kat Melaka ni la baru aku kenal dengan team Dunia Aura. MasyaAllah, muda-muda lagi diorang ni rupanya..most of them bawah umur aku. Haish..terasa cam makcik sangat duduk dalam group tu.  Tapi, diorang ni sangat la supportive tau. Being in this team, takde la rasa macam ketinggalan sangat dan ditinggalkan. Sebab masing-masing pun masih lagi belajar sebenarnya. Tapi still, as a newbie, aku kena cepat belajar supaya boleh setanding dengan diorang. Hahahaha... 


Kelas DIY ni kelas santai-santai je. Takde la macam nak kena fokus kat teori sangat. More on praktical je sebenarnya. Seronok join kelas ni, pasal benda yang tak tau pun aku boleh tau. Cikgu yang mengajar DIY ni lagi la jauh muda dari umur aku tau. Opps..gambar yang bawah ni bukan cikgu ye..yang ni adik aku Wawa Yusoff...hehehe..


So, hasil daripda kelas DIY ni, aku dapat resepi dan belajar cara-cara nak buat balm, losyen, cream dan sabun. Habis je kelas memang semua orang akan dapat sebanyak 3 jenis balm, 1 losyen, 1 cream dan 1 sabun. Alhamdulillah, ilmu dapat, hasil DIY pun dapat bawak balik. Lepas habis kelas, terus gerak balik ke hotel nak jumpa family. Punya la tak sabar kan..mandi kat hotel terus guna sabun yang dapat tu. Alahai...best sangat pasal sabun tu buat guna resepi untuk refreshing. Memang segar betul la lepas mandi tu. 

Kat hotel, terus la share dengan Fairuz and parent pasal kelas tu and pasal next plan. Alhamdulillah, feedback daripada diorang memang tak mengecewakan.  So, tunggu la ye projek my homemade balm lepas ni.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Ingin mencuba menjana pendapatan bersama kami?? 
Boleh PM saya di FB Maria Yusoff


Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer, 
Boleh PM FB TINJAU PHOTOGRAPHY 

No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...