♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: Menggalas Gelaran 'Founder'

Tuesday, March 21, 2017

Menggalas Gelaran 'Founder'

  ASSALAMUALAIKUM

Baru teringat ada blog..hahaha...

banyak cerita nak cerita, banyak rasa nak dirasai, pengalaman baru, pengalaman pahit, kenangan manis, suka dan duka, penat lelah, masam, manis pahit...eh..semua adalah kiranya. Awal tahun yang mencabar..awal tahun yang menduga. Allahuakbar...Allah lebih mengetahui segala-galanya.

Tapi, later kita cerita lain ataupun yang mana pahit tu kita biarkan berlalu je. Ok...ni nak update pasal barang baik untuk dikongsi dengan korang semua. Sesiapa yang follow IG dan friends dengan saya kat FB mesti korang pernah dan selalu nampak saya update pasal Wellness Mama. Yup!!...that's me. Bukan MLM company yang pastinya. Masih baru, masih lagi bertatih untuk meneruskan perjalanan hidup. Banyak lagi yang sedang saya belajar dan saya masih lagi ingin belajar. Mungkin satu hari nanti, saya dapat mewariskan kepada anak-anak apa yang sedang saya usahakan sekarang ini. 


Wellness Mama, bermula since saya join Young Living. Mengeluarkan produk sendiri dibawah label Wellness Mama sangat lah menjadi impian saya. Buat masa ni, produk Wellness Mama terdiri daripada Homemade Balm dan Blended Oil. Kedua-dua produk tu menggunakan essential oil dari Young Living sebagai bahan utama. Seronok bila melihat anak-anak kesayangan sihat tubuh badan mereka.    Bukan la menjadi kebanggaan sangat bila bergelar founder ni, sebab saya pun masih lagi merangkak untuk bersaing dengan founder yang lebih ramai kat luar sana tu. Tapi, tujuan saya bukan untuk bersaing semata-mata. Saya nak berkongsi tentang kebaikan minyak terapi sebenarnya. Tak kisahlah apa brand sekalipun, yang penting adalah usaha kita untuk mendapatkan yang terbaik. 

Tertarik nak buat balm sebab nak berikan pilihan kepada customer yang berhajat nak mencuba minyak terapi tetapi tidak mampu untuk membelinya. Sesetengah essential oil, harga sangat lah mahal sebab manfaat dan kebaikan yang boleh kita dapat daripada essential oil itu sangat banyak dan hebat. Lagipun bukan mudah nak mendapatkan pati yang betul-betul asli dengan menggunakan teknologi yang serba canggih itu.

Sebab itu, saya memberikan pilihan kepada yang ingin mencuba minyak terapi, boleh menggunakan Wellness Mama Balm atau Oil. Sebab produk setiap balm dan blended oil yang dihasilkan adalah dijamin menggunakan minyak terapi yang asli daripada Young Living sahaja. Kepada yang nak cuba, boleh contact direct dengan saya. InshaAllah, saya akan cuba untuk membalas mesej korang dengan segera.

Syukur..Alhamdulillah
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Ingin mencuba menjana pendapatan bersama kami?? 
Boleh PM saya di FB Wellness Mama HQ


Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer, 
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY 

No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...