♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥
Entry kali ni nak tulis pasal set bersalin. Jadinya, entry kali ni adalah lebih panjang daripada yang biasa. Semua pun dah sedia maklum kan yang mama ni memang dah lama sangat habis pantang sebenarnya. Dah hampir setahun da umur anak mama yang kecik tu. Baru ni la nak share pasal set bersalin yang mama guna tahun lepas... Taju entry memang dok simpan je kat dalam draft tu. Nak mengarang nya..huh..makan tahun..hehehe...
To me, Set Bersalin Tanamera banyak membantu mama sepanjang tempoh berpantang lepas bersalin kan Inas Nabeehah. Kenapa???
Sebabnya, semua keperluan semasa berpantang ada disediakan dalam set tersebut. Niat asal mama nak pantang sendiri la konon-kononnya..takmo susahkan mak. Tapi, elok je lepas bersalin kat bangi, terus shoot ke sg. buloh cari mak gak..hahaha... takpe la kan, mak pun nak tengok gak cucu dia tu.
Maka kerana niat nak pantang sendiri tu la mama memang decide nak gunakan set bersalin Tanamera..tu pun lepas jenuh jalan-jalan sana sini kat laman web cari set bersalin.
Set bersalin Tanamera datang dalam bentuk uncang, serbuk, minyak, sabun & bengkung. Meh mama review sikit pasal produk yang ada dalam set bersalin ni.
1) Kategori Minyak - boleh digunakan semasa mengandung dan berpantang
Cold Pressed Virgin Coconut Oil – 100ml
Minyak kelapa dara boleh diminum dan dibuat sapu ke anggota badan.
Mama memilih untuk sapu je la..pasal bab nak lalu kan kat tekak ...
memang tak terlalu la kang.
Time
mengandung : mama guna minyak ni untuk sapu kat perut, breast &
bahagian sulit. Sapu di bahagian sulit dengan tujuan untuk memudahkan
proses bersalin tanpa koyakan atau pun digunting. Sapu dibahagian sulit
tu dinamakan sebagai urutan perineum. Sila la google untuk mengetahui
lebih lanjut cara-cara urutan tu ye.
Tima
berpantang : mama guna minyak ni untuk sapu di breast masa tukang urut
datang untuk urut badan. Minyak ni selamat untuk bayi juga, sebab tu
lepas je urut mama boleh terus amik baby and susukan. Tak yah la nak gi
basuh or lap dulu breast baru bagi baby minum.
Herbal Massage Oil – 100ml
Time
mengandung : mama guna minyak urut ni untuk sapu kat kaki and badan.
Setiap malam akan sapu kat betis untuk elak kaki kejang time tido.
Pastu minta tolong papa untuk sapu kat bahagian belakang bagi reda sikit
lenguh-lenguh badan.
Time
berpantang : memang sepenuhnya digunakan semasa diurut satu badan. Bau
minyak nye tak busuk sangat. Jadinya memang selesa la rasa lepas kena
urut tu.
2) Kategori Uncang - digunakan semasa berpantang
Feminine Herbal Wash – 14 sachets x 10gm
Mama start guna yang ni hari ke-2 lepas bersalin. 1 sachets untuk guna 1 hari. Pagi mama akan rendam uncang dalam air panas selama 10 minit. Lepas tu angkat uncang & simpan dalam bekas bertutup. Pastu ambil air rendaman tadi campurkan sikit dengan air sejuk. Pastu mama akan ambil sikit masuk dalam botol spray. Air yang selebihnya tu mama akan guna time mandi. Mama gunakan untuk cuci bahagian sulit. Tujuannya untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut dan juga untuk mencepatkan proses sembuh luka jahitan / koyakan. Almaklumlah, mama bersalin anak no. 2 dengan cara vaccum, so kena la gunting gak. Air yang dalam botol spray tu mama guna sebagai bilasan terakhir setiap kali lepas buang air. Bila petang, mama akan rendam semula uncang yang pagi tadi tu untuk mandi petang lak. Begitulah seterusnya sampai la luka dah baik & darah nifas pun kering.
Herbal Bath – 14 sachets x 10g
Penggunaan herbal bath tak jauh beza dari herbal wash. Cumanya herbal bath digunakan untuk disiram ke satu badan. Uncang herbal bath pun guna 1 uncang utk 1 hari. Tapi, uncang herbal bath kena rebus bukan rendam. Air rebusan campur dengan air sejuk, pastu siram kat badan. Air rebusan ni tak perlu letak dalam botol spray tau. Just untuk siram kat satu badan sampai habis air tu. Petang ulang semula buat yang sama.
Herbal Tea – 14 sachets x 2g
Dalam set bersalin tanamera cuma ada teh je untuk minum. Mama start minum teh ni lepas baby dah tak kuning lagi. Seeloknya teh ni kena minum awal gak lepas bersalin. Tapi, masa nurse datang check baby ada kuning and pastu beberapa hari kena berulang ke klinik jumpa doktor, tu yang mama tak minum awal-awal tu. Bila jaundice nya dah turun, baru la mama start minum teh ni. Rasa teh ni sedap gak. Nak-nak kalo campur dengan madu. Masa mama minum, mama capur dengan 1 sudu Qaseh Adinda. Lagi la sedap & banyak khasiatnya. Uncang teh rendam untuk sekali minum je ye. Sehari cuma sekali je minum.
p/s : Masa mama beli set ni, teh ni tidak dijual berasingan ye. Sekarang mama tak tau ye.
3) Kategori Serbuk
Firming Herbal Blend Paste – 14 sachets x 15g
Firming paste guna kat perut sebelum pakai bengkung. Tujuannya untuk kasi perut cantik. Nak kasi perut flat la.. 1 hari guna 1 sachet je time lepas urut pagi. Serbuk tu campur sikit dengan air, pastu sapu kat perut. Kalo boleh buat time baring la..senang sikit nak sapu. Biarkan kering sikit, amik kain letak kat atas perut, pastu baru la ikat bengkung. Tujuan kain tu letak kat perut supaya bengkung tak kotor kena firming paste tu. Firming paste ni sifatnya panas. Jadinya memang sedap sangat rasa kat perut tu. Inshaa Allah, kena dengan cara & consistent guna, memang boleh flat la perut tu.
p/s : Firming paste pun tak jual asing. Hanya dalam set je ada paste ni.
Calming Herbal Blend Paste – 4 sachets x 20g
Calming Paste atau nama kampungnya Pilis guna untuk letak kat dahi . Sesuai dengan nama nya...pakai pilis ni memang tujuan untuk memberikan ketenangan pada mama. Kalo orang lama kata pakai ni untuk elak meroyan..betul la tu. Bila mama yang dalam pantang stress dengan macam-macam hal, tu yang jadi meroyan tu. Jadinya tu la tujuan pilis tu dipakai kat dahi. Pilis tanamera ni dalam bentuk serbuk, kena campur air sikit sebelum pakai.
Boreh Body Scrub – 4 sachets x 20gm
Kalo orang lama panggil scrub ni param. Semua pun tau kan cara nak guna scrub. Jadinya tak perlu la kot mama citer lebih-lebih. Scrub ni pun dalam bentuk serbuk, just tambah air dan sapu la ke badan dan fokus ke kawasan yang mempunyai masalah yang perlu atau boleh diatasi dengan scrub.
4) Sabun & Bengkung
Brown Formulation Soap – 125g
Sabun ni mama suka. Bau nya sedap..guna masa mandi. Sabun ni mama guna start masa mengandung lagi. Sebabkan sayang nak guna sebiji, jadinya mama kerat sabun ni pada 4 bahagian. Jadinya dapatlah jimat sikit guna sabun. Sabun ni memang mama guna sampai la habis hayat sabun tu. Nanti nak beli lagi la..pasal baunya sedap & memang best pakai.
Abdominal Wrap / Bengkung
Bengkung semua orang pun tau..memang digalakkan pakai bengkung semasa tempoh berpantang. Mama start pakai bengkung kat hospital lagi. Sebenarnya lebih selesa pakai bengkung sebaik je lepas bersalin ni. Nak berjalan ke toilet pun lebih mudah & terkepit sikit la kaki tu. Tapi, masa kat spital mama pakai bengkung moden je pasal nak cepat..hahaha...
p/s : bengkung tanamera boleh tukar dengan 1 botol VCO atau 2 biji Brown soap.
Alhamdulillah, set bersalin tanamera banyak membantu mama semasa berpantang. Masa bersalin anak pertama tukang urut mama akan sediakan segala jenis daun untuk mama mandi. Tapi, dengan set bersalin Tanamera, mama boleh buat semuanya sendiri je dengan dibantu oleh Mak & Suami. Walaupun dah balik ke rumah sendiri , mama masih teruskan guna set bersalin ni.
Ok..sekian la saje review produk Tanamera ni.
Mama bersalin kan si bulat ni la masa guna Set Bersalin Tanamera tu.
Comments
Post a Comment
-Maria Yusoff-