Posts

Showing posts from October, 2015

♥ Salam Awal Muharram 1437 ♥

Image
2 Muharram 1437- selamat menyambut awal muharram pada semua umat islam.  Tahun 2015, 1 Muharram jatuh pada hari rabu (semalam).  So, semalam adalah cuti am di Malaysia.  Sambutan tahun baru haku kali ni agak sadis sikit.  Mau tak nya...haku sambut tahun baru dalam kereta menempuh jalan yang sesak di Highway Elite.  Sedih sangat, waktu maghrib azan maghrib berkemundang aku masih lagi tersekat dalam jem.  Maklumlah, semua orang pun nak balik awal hari tu.  Mujur juga la semalam cuti, jadinya boleh aku layan rehatkan badan dan layan anak-anak sambil shopping sikit pape yang patut. Aku gerak keluar dari ofis pukul 5.30, pegi la tempat keje awon, pastu kena pegi UPM, Serdang lak ambil Farid (anak buah).  Lagi beberapa minit nak pukul 8 malam aku singgah la surau kat Shell kat Saujana Utama lepas hantar Farid.  Aku sampai rumah pukul 8.35 malam.  Mujur juga la Fairuz dah sampai awal untuk kisahkan anak-anak.   Letih gak la badan bila sangkut dalam jem ni.  Hari Isnin petang

♥ Ainas Tengok Wayang ♥

Image
Rentetan dari kisah INAS tak sihat DISINI ,....hehehe..  Mama decide bawak Ainas pegi buat terapi minda.  Selain untuk anak-anak mama, PaMa pun memerlukan terapi untuk diri sendiri... Eh..eh.. ke mama je yang lebih perlukan terapi ni..huhuhu.. Ah..tak kiralah, kalo mama perlukan terapi, makanya papa harus diheret bersama-sama bagi melaksanakan rancangan.  Hehehe...diktator sangat mama ni kan.. Ok..lepas je keluar dari Hospital Az-zahrah (pesakit luar je pun), mama terus ajak papa pegi bawak Ainas jalan-jalan.  Pada mulanya PaMa ni tak tau nak dihalakan ke mana arah kami pada masa tu.  Tiba-tiba teringat Aina nak tengok wayang cerita Hotel Transylvania.  Al-kisah, dia dapat tau sepupu dia (Aqil) pegi tengok wayang citer tu dengan ibu and ayahnya.  Apa lagi, kawan tu pun mula la tuntut nak tengok wayang gak.  So, kitorang pun terus la gerak ke IOI City Mall, Bangi. Sebenarnya pun, last time Aina tengok wayang cerita Smurf 2.  Lepas-lepas tu ada gak la nak tengok cer

♥ Qaseh Gold : GOJES♥

Image
Dapatkan GOJES by QASEH GOLD di SINI Diperkaya dengan kolagen marin, bunga teratai, ceri, argan, bunga sakura, dan astaxanthin, formulasi ramuan Sunnah Gojes by Qaseh Gold menawarkan pilihan terbaik masakini untuk mereka yang mementingkan kesihatan secara selamat dan semulajadi! Ramuan botani eksklusif diadunkan bagi memberi kelembapan serta membantu mengurangkan masalah kulit seperti jeragat, kulit kusam dan kering Insya Allah. Diperlengkapkan dengan proses pengilangan yang Islamik, yang menitikberatkan konsep halalan thoyyiban.

♥Kesihatan : Inas Muntah-Muntah♥

Image
Last week adalah sangat stress & meletihkan badan.  Anak mama Inas Nabeehah muntah-muntah sejak balik daripada kg sepang.  Tak tau la apa punca yang menyebabkan keadaan tu terjadi.  Setiap pagi antara pukul 3 - 4 pagi dia akan bangun untuk muntah.  Hari pertama dia muntah selang 1/2 jam daripada pukul 3.30 pagi sampai la ke 9 pagi.  Itu pun pukul 9 lebih tu kitorang balik dari klinik terus bagi dia ubat tahan muntah (which i don't know that the medicene should not be given to infant or small children). Lucky me, that day, doctor give me mc to rest at home, pasal mama tak cukup tidur malam tu...huhuhu... So, hari tu mama pun cuma bermalas-malasan saje la di rumah, sambil breastfeed Inas and layan kakak yang tak sekolah pasal sekolah tutup akibat daripada kesan jerebu yang teruk melanda negara. Masuk hari ketiga Inas masih lagi muntah waktu malam.  Bilik kami memang bau masam je sepanjang minggu tu.  Kain baju yang kotor kena muntah jangan kata la..cadar & tu

Jom Jahit : Mesin Jahit Tepi

Image
IDAMAN HATI Bila la boleh dapat sebiji benda ni...???? Seriusly memang teringin sangat-sangat nak ada mesin jahit tepi ni. Selain daripada boleh jahit tepi biasa, mesin ni boleh buat jahit tepi halus (yang cam jahit kat shawl tu).  Boleh buat jahit tepi skirt, tak yah nak kelim-kelim bagai.  Dapat menjimatkan masa..haku memang suka bab-bab gini. Walaupun haku jahit pun tak seberapa & tak banyak mana pun, tapi kalau dah ada semua kelengkapan tak mustahil kan production & skill boleh bertambah lebih maju...huhuhu... Ok la..tu ju nak tulis.. target nak dapat sebiji mesin ni tahun depan gak.  Sekarang dalam proses pengumpulan duit..hehehe...  ♥maria yusoff♥