♥ Salam Awal Muharram 1437 ♥


2 Muharram 1437- selamat menyambut awal muharram pada semua umat islam.  Tahun 2015, 1 Muharram jatuh pada hari rabu (semalam).  So, semalam adalah cuti am di Malaysia.  Sambutan tahun baru haku kali ni agak sadis sikit.  Mau tak nya...haku sambut tahun baru dalam kereta menempuh jalan yang sesak di Highway Elite.  Sedih sangat, waktu maghrib azan maghrib berkemundang aku masih lagi tersekat dalam jem.  Maklumlah, semua orang pun nak balik awal hari tu.  Mujur juga la semalam cuti, jadinya boleh aku layan rehatkan badan dan layan anak-anak sambil shopping sikit pape yang patut.

Aku gerak keluar dari ofis pukul 5.30, pegi la tempat keje awon, pastu kena pegi UPM, Serdang lak ambil Farid (anak buah).  Lagi beberapa minit nak pukul 8 malam aku singgah la surau kat Shell kat Saujana Utama lepas hantar Farid.  Aku sampai rumah pukul 8.35 malam.  Mujur juga la Fairuz dah sampai awal untuk kisahkan anak-anak.   Letih gak la badan bila sangkut dalam jem ni.  Hari Isnin petang aku kena jem dari Bangi ke PJ.  Kisah ni lagi sadis..dari Bangi ke PJ je haku ambil masa 2 jam lebih.  Elok je sampai PJ, terus cari surau solat siap dulu, pastu Fairuz dah beli nasi goreng (memang suruh dia pegi beli), kitorang pun dinner la sesama kat ofis dia.  Dah selesai semua kitorang gerak ke Sg. Buloh bawak kancil comel tu.  Sampai rumah pukul 9.30 malam pasal kitorang amik peluang untuk singgah pet shop pegi beli rabbit food.  Hehehe....

So, sambutan awal muharram kali ni sambut dalam kereta je.  Mudah-mudahan diri ini masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk menyambut kedatangan awal muharram yang akan datang.  



♥ maria yusoff ♥

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian