♥Kesihatan : Inas Muntah-Muntah♥


Last week adalah sangat stress & meletihkan badan.  Anak mama Inas Nabeehah muntah-muntah sejak balik daripada kg sepang.  Tak tau la apa punca yang menyebabkan keadaan tu terjadi.  Setiap pagi antara pukul 3 - 4 pagi dia akan bangun untuk muntah.  Hari pertama dia muntah selang 1/2 jam daripada pukul 3.30 pagi sampai la ke 9 pagi.  Itu pun pukul 9 lebih tu kitorang balik dari klinik terus bagi dia ubat tahan muntah (which i don't know that the medicene should not be given to infant or small children). Lucky me, that day, doctor give me mc to rest at home, pasal mama tak cukup tidur malam tu...huhuhu... So, hari tu mama pun cuma bermalas-malasan saje la di rumah, sambil breastfeed Inas and layan kakak yang tak sekolah pasal sekolah tutup akibat daripada kesan jerebu yang teruk melanda negara.

Masuk hari ketiga Inas masih lagi muntah waktu malam.  Bilik kami memang bau masam je sepanjang minggu tu.  Kain baju yang kotor kena muntah jangan kata la..cadar & tuala pun sama je masamnya.  Phew...memang letih sangat masa tu.  Hari khamis mama pegi keje cam biasa..naik motor dengan papa sampai ke PJ, pastu drive kancil sampai ke bangi..huhuhu...sian tau kat mama ni..jauh merantau mencari rezeki..hahahaha...

Time lunch dapat call dari nyai nak cari termometer nak check suhu Inas.  Nyai pun kasi mesej kat LINE yang suhu Inas 39.1. Mama pe lagi, tak keruan la duduk kat office.  Terus call papa ajak balik tengok Inas.  Jumpa bos, isi borang keluar pastu gerak la ke Sg. Buloh.  Sampai je rumah, terus amik PCM 250, masukkan la kat montot comel tu.  Lepas asar je terus bawak ke klinik lagi sekali and lepas tu doktor pun kasi surat untuk refer pada pakar.

Inas seorang budak yang pemakan.  Pantang nampak makanan dia akan tanya "pe..pe"..pastu dia akan minta.  Bila dia muntah-muntah tu, dia jadi tak berapa nak makan sangat.  Takde selera la gaknya kan..tekak nya pahit ke..mana la nak tau.  Jadi, apa yang boleh mama buat masa tu cuma la direct breastfeed je kat dia.  Sekurang-kurangnya, berisi gak la perut dia kan.  Tapi, yang menjadi masalah adalah bila mama kena pergi kerja.  Jadi, kosong la perut dia pasal dia cuma minum air kosong sikit-sikit je.  Bila berada dalam situasi ini, 'nobody know's how i whish to stay at home to raise my Ainas'.

Jumaat, mama kena cuti gak untuk jaga Inas sepenuhnya.  Masak nasi goreng untuk dia makan, direct breastfeed again and again. Kasi makan ubat and pantau suhu badan dia.  Sabtu, kitorang bawak dia ke Hospital Az-zahrah, Bangi, untuk rawatan lanjut.  Di hospital la baru pama dapat tau yang ubat tahan muntah tak boleh diberi pada Inas.  So, hari tu kitorang cuma dapat ubat kembung yang namanya 'Dentinox'.  Melihatkan keadaan Inas masa tu, doktor cuma suruh teruskan makan ubat kembung tu je.  

Walaupun malam tu Inas masih lagi ada muntah waktu biasa tu, cuma takde la membimbangkan sangat.  Pasal sekali je dia bangun untuk muntah, pastu dia lena balik tidurnya.  Alhamdulillah, sampai ketika ini, Inas dah nampak sihat sepenuhnya..makan pun dah macam biasa je.  Perut dah mula membulat balik, selera makan pun dah kembali normal. Syukur sangat-sangat...

♥maria yusoff♥
 





Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian