Posts

Showing posts from October, 2016

Nota Penyu Meratap : KENALI PROSPEK

Image
  ♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥ Seperti yang dijanjikan, entry kali ini saya nak share cara untuk mengenali prospek.  #1 - 'LOVE YOUR CUSTOMER MORE THAN YOUR PRODUCT'.   Caranya adalah dengan kenali AVATAR (profile pelanggan) kita.  Mengenali AVATAR pelanggan bukan sahaja bermaksud nama, no.telefon, alamat sahaja tetapi termasuklah seperti masalah, jantina, lokasi, hobi dan juga nafsu berbelanja.   Tapi, bagaimana cara nak dapatkan maklumat ni semua kan. Langkah pertama kita adalah menjadikan pelanggan itu sebagai kawan.  Kena la rajin bersembang dengan pelanggan kita tu.  Melalui kaedah itu la, kita boleh dapatkan maklumat bagi melengkapkan AVATAR pelanggan kita tu. Bila AVATAR pelanggan dah lengkap, lebih mudah untuk kita menjual produk pada prospek atau bakal prospek kita tu. #2 - 'CUSTOMER DATABASE' Setiap usahawan perlu mempunyai database pelanggan mereka.  Database ini memerlukan kita untuk merekod setiap nama, barang belian, ta

NOTA ILMU PENYU MERATAP

Image
  ♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥ Alhamdulillah, Allah telah bukakan hati ini untuk terus menuntut ilmu demi mengejar sebuah impian.   Pada hari Isnin dan Selasa baru ni, berlangsunglah sesi menuntut ilmu bersama seorang usahawan Qaseh Gold dan founder Umooda Double Collagen iaitu Pn. Zalina Zulkapli atau lebih mesra dipanggil Chek Na semasa majlis berlangsung.   Penyu Meratap itu adalah istilah untuk 'branding' diri beliau.  Mengenali kisah hidup seekor penyu memberikan gambaran bahawa walaupun lambat dan lembut, inshaAllah tercapai juga apa yang dihajati. Chek Na mengingatkan untuk tanamkan dalam diri bahawa kita adalah usahawan dan usahawan tidak kenal erti mengalah, tidak memberikan sebarang alasan, perlu gigih berusaha, membuat sesuatu hingga jadi dan lakukan dengan bersungguh-sungguh.  Dalam bisnes apa yang penting adalah 'result' dan bukannya 'sebab'.  Maka itu, perlu buat sampai jadi. Kaitkan idea bisnes kepada Allah, kemudian suami dan ib

10 Saat Pelukan Keluarga

Image
  ♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥ Kali ni nak share sikit pasal pelukan keluarga.  Saya dapat ilmu ni masa attend kursus parenting@work yang dibuat di tempat kerja.  Alhamdulillah, banyak ilmu yang dapat digali dari kursus tu. Takde la asyik ilmu pasal kerja hakiki je yang kena tambah kan. Ok, jom mula. Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk menzahirkan kasih sayang dan menunjukan kemesraaan kepada setiap ahli keluarga adalah melalui pelukan.   BAGAIMANA PELUKAN BOLEH MEMBANTU DALAM HUBUNGAN KEKELUARGAAN? Apabila seseorang melakukan pelukan atau urutan kepada ahli keluarga yang lain, ianya akan merangsang sel-sel kulit anda.  Melalui sentuhan dan belaian ransangan itu akan dapat disalurkan melalui urat saraf dan terus kepada otak. Seterusnya, otak akan mengeluarkan 3 hormon yang bertindak sebagai 'natural transmitter' yangn mana akan menyebabkan kita rasa lebih riang dan kurang stress. APAKAH 3 HORMON YANG DIMAKSUDKAN? Sekarang kita berkenalan pula

Perkongsian Buat Pedoman Semua

_*SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI*_. Semasa saya singgah di sebuah *Masjid* untuk bersolat Zohor, sebuah kereta *Proton Saga Tua* juga masuk ke kawasan Masjid. Saya agak, mungkin juga singgah nak bersolat Zohor. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang lebih. Pemandunya _Seorang Tua Berserban_ turun dan di tangannya saya lihat sebuah pemegang *Cebok Air* atau *Gayung*. _'Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid..'_ tekaan hati saya. Ketika saya berwuduk di Kolah Masjid, dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan _Cebok Air_ yang dibawanya untuk membasuh kaki. Saya menggunakan _Cebok_ yang telah tersedia. _Cebok_ yg dibawanya di letak di tebing Kolah dan dia naik ke Masjid, lalu kami solat bersama. Ketika menuruni tangga Masjid, saya lihat dia terus ke keretanya. Saya segera memperingatnya _Cebok_nya yg tertinggal. Dia beralih senyum kepada saya dan berkata.. _'Saya sengaja bawa *Cebok* yang baru dibeli dan ditinggalkan di Masjid yang ada *Kolah*, sebag