Perkongsian Buat Pedoman Semua
_*SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI*_.
Semasa saya singgah di sebuah *Masjid* untuk bersolat Zohor, sebuah kereta *Proton Saga Tua* juga masuk ke kawasan Masjid. Saya agak, mungkin juga singgah nak bersolat Zohor. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang lebih. Pemandunya _Seorang Tua Berserban_ turun dan di tangannya saya lihat sebuah pemegang *Cebok Air* atau *Gayung*. _'Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid..'_ tekaan hati saya.
Ketika saya berwuduk di Kolah Masjid, dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan _Cebok Air_ yang dibawanya untuk membasuh kaki. Saya menggunakan _Cebok_ yang telah tersedia. _Cebok_ yg dibawanya di letak di tebing Kolah dan dia naik ke Masjid, lalu kami solat bersama.
Ketika menuruni tangga Masjid, saya lihat dia terus ke keretanya. Saya segera memperingatnya _Cebok_nya yg tertinggal. Dia beralih senyum kepada saya dan berkata..
_'Saya sengaja bawa *Cebok* yang baru dibeli dan ditinggalkan di Masjid yang ada *Kolah*, sebagai satu *Wakaf Yang Kecil*, yang saya mampu. Semoga ianya memanfaatkan..'_.
_'Subhanallah..!'_ Saya pula yang terasa malu..!!! Tidak terfikir untuk berbuat baik hingga sedemikian. Dia menyambung..
_'Di mana Masjid saya singgah, yang ada Kolah, saya tinggalkan sebuah Cebok. Bekal untuk mati. Tak mampu nak sedekah yang lain.'_
Nak ajak pembaca semua mengambil iktibar dari apa yang dibuat oleh orang tua ini.
~ _Sebuah *Cebok* yang ditinggal di Kolah Masjid akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang berwuduk..! Bayangkan ganjarannya.! Berapa ringgit sangat sebuah Cebok Air_?
~ _Bukan nanti ada *Duit Beribu* baru boleh berbuat baik. Yang pentingnya ialah keinginan untuk berbuat kebajikan, maka Allah SWT dorongkan._
Bagi orang tua ini sebuah _Cebok Air_ untuk Masjid takkan sama dengan Ribuan Ringgit yang disumbang oleh mereka yang berada pada mata manusia. Tetapi pada sisi Allah SWT ianya mungkin lebih besar dari itu.
Justeru:
_Rebutlah kesempatan berbuat kebajikan walau kecil pada mata Manusia._
~ _Masjid dan Surau memerlukan berbagai peralatan kecil yang diguna selalu dan mudah rosak. Saya nak ajak anda semua, Jom kita tiru orang tua ini dengan meninggalkan sebuah *Cebok Air* di Kolah Masjid yang kita singgah sebagai wakaf._
~ _Mungkin kita rasa kita mampu beri 10 Cebok.. Jangan cakap saja, tapi tak buat._
Maka biarlah bermula dengan sebuah _Cebok Air_ di mana saja Masjid yang disinggahi..
Atau,
~ Sebiji _Sponge_ yang dipasang di kepala paip untuk mengelak percikan air..
Atau,
~ _Sepasang Selipar_ untuk ditinggal di tandas Masjid..
Atau,
~ Sepotong _Getah Paip_ untuk tandas Masjid yang tiada Getah Paip untuk kemudahan bersuci..
Atau,
~ Sebatang _Penyapu_, sebuah _Penyodok Sampah_, atau _Sebotol Minyak Wangi_ ditinggalkan di tempat minyak wangi, atau apa lagi yang boleh difikirkan.
Jangan tunggu hingga diminta, dirayu, kerana pemberian ketika itu mungkin berkongsi sebab, bukan semata kerana Allah, mungkin kerana terpaksa.
Orang lain begitu kreatif mencari jalan berbuat kebajikan meski pun hidup dalam serba kurang, membeli saham kesyurga sedikit demi sedikit. Apakah kita merasa berpada dengan ibadat kita, atau, merasa dah cukup layak ke syurga, atau, malas nak fikir?
Jom..!! Kita mulakan beberapa _*Alatan Kecil*_ dibawa bersama dalam Kereta untuk ditinggal sebagai *Wakaf* kepada _Masjid, Surau atau Musolla_, walapun mungkin hanya beberapa _Pin Mata Lalat_ atau _Paku Payung_ untuk melekat dokumen di Papan Kenyataan.
-Wallahuaalam-
Comments
Post a Comment
-Maria Yusoff-