10 Saat Pelukan Keluarga
♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥
Kali ni nak share sikit pasal pelukan keluarga. Saya dapat ilmu ni masa attend kursus parenting@work yang dibuat di tempat kerja. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dapat digali dari kursus tu. Takde la asyik ilmu pasal kerja hakiki je yang kena tambah kan. Ok, jom mula.
Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk menzahirkan kasih sayang dan menunjukan kemesraaan kepada setiap ahli keluarga adalah melalui pelukan.
BAGAIMANA PELUKAN BOLEH MEMBANTU DALAM HUBUNGAN KEKELUARGAAN?
Apabila seseorang melakukan pelukan atau urutan kepada ahli keluarga yang lain, ianya akan merangsang sel-sel kulit anda. Melalui sentuhan dan belaian ransangan itu akan dapat disalurkan melalui urat saraf dan terus kepada otak.
Seterusnya, otak akan mengeluarkan 3 hormon yang bertindak sebagai 'natural transmitter' yangn mana akan menyebabkan kita rasa lebih riang dan kurang stress.
APAKAH 3 HORMON YANG DIMAKSUDKAN?
Sekarang kita berkenalan pula dengan 3 hormon yang saya tulis tadi.
1) HORMON OXYTOCIN
Ini adalah hormon yang lebih dominan. Hormon ini dikenali juga sebagai hormon cinta. Fungsi hormon ini adalah untuk menenangkan sistem saraf serta merangsang atau meningkatkan emosi positif dalam minda seseorang.
2) HORMON DOPAMINE
Hormon ini dipanggil sebagai 'flasher hormone'. Fungsinya adalah memberi rasa tenang, seronok, gembira pada seseorang individu. Tindakan yang merangsang pengeluaran hormon ini adalah melalui pelukan.
3) HORMON SEROTIN
Hormon ini terdapat dalam sistem saraf tunjang dan juga usus. Fungsinya adalah merangsang keriangan dan kegembiraan.
Hebatkan kuasa pelukan yang sebenarnya. Jadi, peluklah ahli keluarga anda setiap hari kerana dengan pelukan 3 hormon ini dapat dirembaskan dan seterusnya memberikan rasa bahagia dalam diri kita.
Maria Yusoff
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Jika anda ingin mendapatkan Qaseh / UMooda / Shaklee,
Anda boleh hubungi saya seperti yang tertera di atas, penghantaran boleh dibuat secara C.O.D sekitar sungai Buloh dan juga kawasan yang berhampiran. Jika anda berada diluar kawasan sekitar penghantaran melalui pos boleh dilakukan.
Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer,
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY
Comments
Post a Comment
-Maria Yusoff-