Posts

Showing posts from November, 2019

PLAY TIME @ THE STORE, SUNGAI BULOH

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Seronok rasanya dapat bawa anak-anak bermain. Hawa tu la yang baru nak merasa pergi main kat tempat berbayar gini..haha.. Sesiapa sekitar Sungai Buloh mesti kenal bangunan The Store. Tapi kalau nama asal mula-mula dulu Hiong Kong namanya. Sejak The Store ambil alih ni, banyak juga la pembaharuan kat bangunan tu. Ada seri la sikit jadi tempat membeli-belah. Tempat main ni salah-satu benda baru yang ada kat The Store. Sebanarnya mahal juga la sebab 1 jam diorang caj RM10 untuk kanak-kanak start umur 1 tahun ke atas. Kalau umur 1 bulan hingga 12 bulan kena caj RM5. Rasa-rasanya la kan...umur sebulan tu sampai 5 bulan pandai main apa ye kat tempat camni??? 🤔. Tapi mak pak tak kena caj. Kalau nak lagi murah, korang keba bayar untuk harga sebulan, masuk la bila-bila masa yang korang suka. Oh ye...lagi satu perkara, wajib pakai stoking. Hawa & Inas memang enjoy. Aina takde pasal dia ikut makcik dia pergi tengok konsert tadika

MYKORI DESSERT CAFE

Image
Dua hari sebelum disahkan positif Influenza A, kami sempat ke Mykori Dessert Cafe cawangan Saujana Utama, Sungai Buloh. Sebab masa ni nampak Inas dah kebah demam dan semua orang pun nampak sihat je. Rupanya Allah bagi masa kat kami untuk berehat sekejap sebelum diuji dengan sakit secara berjemaah lepas tu.  Ok, cerita pasal kedai dessert ni. Pada saya biasa je dessert dia, cuma hiasan dan pelbagai pilihan rasa dia menarik. Harga pada saya mahal kalau nak compare dengan dessert yang saya makan kat KFry. Mungkin cawangan Saujana ni yang tak berjaya menghidangkan yang terbaik kat kami masa tu. Sebabnya apa tau, buah-buahan yang diletak kat atas ais tu tak fresh. Mangga tu nampak lebam dan strawberi masam. Budak-budak suka je la sebab ais kan..makan sejuk-sejuk gitu memang layan la diorang. Kami memang order 1 tu je masa tu. Konon-konon nak order toast pun tak jadi bila tengok harga 'bapak' mahal 😆. Overall, saya decide tak repeat la kedai dessert tu dalam

TRIP KE AQUARIA KLCC

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kali ke 2 jejak kaki kat Aquaria, KLCC..first time untuk Hawa je. Saje la bawa anak-anak berjalan masa hari cuti. Kebetulan ada rezeki lebih untuk kami. Oh ye..ni bukan cerita baru ye. Ni cerita sebelum kami dijangkiti Influenza A lagi.  Aina dan Inas je la yang layan bergambar. Diorang tak tau pun rancangan nak ke Aquaria ni. Dalam kereta pun kami suami isteri masih la tak habis bincang lagi nak ke mana..haha... Ikutkan hati nak ke Zoo Negara, tapi memandangkan keadaan cuaca yang tak menentu, tu yang tukar tempat. Sampai je KLCC, Aina, Inas memang melompat la bila tau nak masuk Aquaria.  Masuk je dalam tu, ikan pirana dulu yang diorang nampak. Kat situ je pun dah kagum. Alhamdulillah, Hawa tak takut gelap..jadinya dia diam je la duduk kat stroller awal-awal tu. Bila dah jauh ke dalam sikit, baru lah dia sibuk nak keluar. Ye la orang dah berkaki kan, mestilah nak jalan tengok sendiri. Tapi orang ramai juga masa tu, tak bole

Influenza A dan Mycoplasma Pneumoniae

Image
Assalamualaikum, Last two weeks, kami 3 beranak positif influenza A. Fairuz & Aina je yang bertahan dan kekal sihat. Tapi Inas lebih sikit la sebab dia positif Mycoplasma Pnuemoniae juga. Asal niatnya nak balik kampung, terpaksa dibatalkan. Aina la yang paling frust. Jadinya, keluarlah segala minyak yang ada dan lumur kat semua orang. Setiap sorang anak ku kasi special blend. Aina ada letak Oregano, Inas base essential oil dia Thieves and Hawa base dia Purification Kat rumah diffuse Thieves tukar-tukar dengan Purification. Pasang juga pembersih udara Cuckoo..tu pun ihsan adik sendiri 😄. Maaflah ye..sis sejenis tak reti nak buat live update. Biasanya cerita dah berzaman baru nak cerita 🤣. Alhamdulillah, kitorang dah sihat sekarang ni. 😍 ---------------------------------------------------------------------------  

Konvokesyen Tadika - Inas Nabeehah

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari Sabtu lepas, Inas ada majlis konvo tadika. Tapi kakak Aina tak dapat join sebab ada jamuan makan untuk pengawas pusat sumber kat tempat lain. Hawa tu semakin membesar dengan bijak dan sihat. Tahniah anak-anak semua..mama bangga dengan pencapaian kamu. Semoga tahun depan lebih baik dan cemerlang dunia akhirat.   ------------------------------------------------------------------  

Parenting : JANGAN JADI MACAM KETAM

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hafiey diam. Dengar apabila kalimah “jangan jadi macam ketam” aku tuturkan. Dia seolah memikir. . Mungkin menunggu kata seterusnya dariku. . Hafiey anak sulung. Pulang bercuti dari universiti. Sekarang dia dalam team debat Bahasa Inggeris universiti. . Katanya mahu jadi pendebat ulung. . Pulang kali ini mahu belajar Speed Reading, Power Memory dan B.R.I.G.H.T M.I.N.D. dari program UNLEASH YOUR BRAIN POWER. . “Kenapa dengan ketam?” Soal Hafiey setelah lihat aku diam. . “Cuba lihat ketam. Apabila diletak dalam besen. Setiap seekor akan cuba memanjat. . Mahu keluar. . Yang lain hanya perhati. Apabila seekor hampir berjaya memanjat ke atas, dia akan ditarik turun. Akhirnya tiada seekor pun dapat keluar.” Ceritaku pada Hafiey. . Dia angguk. Aku sambung lagi. . “Hafiey anak sulung. Usah jadi ketam menarik turun adik adik yang mahu berjaya. Tolong tolak mereka ke atas. Tahan mereka dari jatuh. . Biar mereka berada di puncak ti