Parenting : JANGAN JADI MACAM KETAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hafiey diam. Dengar apabila kalimah “jangan jadi macam ketam” aku tuturkan. Dia seolah memikir.
.
Mungkin menunggu kata seterusnya dariku.
.
Hafiey anak sulung. Pulang bercuti dari universiti. Sekarang dia dalam team debat Bahasa Inggeris universiti.
.
Katanya mahu jadi pendebat ulung.
.
Pulang kali ini mahu belajar Speed Reading, Power Memory dan B.R.I.G.H.T M.I.N.D. dari program UNLEASH YOUR BRAIN POWER.
.
“Kenapa dengan ketam?” Soal Hafiey setelah lihat aku diam.
.
“Cuba lihat ketam. Apabila diletak dalam besen. Setiap seekor akan cuba memanjat.
.
Mahu keluar.
.
Yang lain hanya perhati. Apabila seekor hampir berjaya memanjat ke atas, dia akan ditarik turun. Akhirnya tiada seekor pun dapat keluar.” Ceritaku pada Hafiey.
.
Dia angguk. Aku sambung lagi.
.
“Hafiey anak sulung. Usah jadi ketam menarik turun adik adik yang mahu berjaya. Tolong tolak mereka ke atas. Tahan mereka dari jatuh.
.
Biar mereka berada di puncak tinggi.
.
Hafiey tidak bersaing dengan mereka. Saingan Hafiey adalah diri sendiri. Pesaing Hafiey adalah sifat dengki, malas dan suka bertangguh.”
.
Hafiey angguk lagi. “What about you?” Soal Hafiey. Mukanya serius.
.
“Biarlah ayah dan emak jadi bangku. Tempat untuk anak anak istirehat apabila penat. Kalau perlu gunalah kami untuk memanjat.”
.
Hafiey menelan air liur. Wajahnya ditundukkan ke lantai.
.
Bahu Hafiey aku sentuh. “As servants of God, we serve. Not to demand. But to give.”
.
“Hafiey faham?” Soalku ringkas. Hafiey angguk. Tanganku dipegang. Diletak atas kepalanya.
.
“Give me your blessings dad!” Pinta Hafiey dalam suara menahan tangisan.
.
Aku angguk. Tiada suara. Biar anggota tubuh berbicara.
.
.
Credit to Dr. Rizal Abu Bakar untuk artikel yang menarik ini. Link artikel asal klinik SINI.===================================================================
Comments
Post a Comment
-Maria Yusoff-