MYKORI DESSERT CAFE

Dua hari sebelum disahkan positif Influenza A, kami sempat ke Mykori Dessert Cafe cawangan Saujana Utama, Sungai Buloh. Sebab masa ni nampak Inas dah kebah demam dan semua orang pun nampak sihat je. Rupanya Allah bagi masa kat kami untuk berehat sekejap sebelum diuji dengan sakit secara berjemaah lepas tu. 

Ok, cerita pasal kedai dessert ni. Pada saya biasa je dessert dia, cuma hiasan dan pelbagai pilihan rasa dia menarik. Harga pada saya mahal kalau nak compare dengan dessert yang saya makan kat KFry. Mungkin cawangan Saujana ni yang tak berjaya menghidangkan yang terbaik kat kami masa tu. Sebabnya apa tau, buah-buahan yang diletak kat atas ais tu tak fresh. Mangga tu nampak lebam dan strawberi masam. Budak-budak suka je la sebab ais kan..makan sejuk-sejuk gitu memang layan la diorang.

Kami memang order 1 tu je masa tu. Konon-konon nak order toast pun tak jadi bila tengok harga 'bapak' mahal 😆. Overall, saya decide tak repeat la kedai dessert tu dalam masa terdekat ni sebab tak banyak pilihan makanan kat situ. Kalau nak kata tempat bercinta, makan pun sopan santun dan tak kisah lapar..ok sila pergi sebab tempat selesa, sejuk dan tenang..😁.

Ok sekian cerita serba sedikit pasal kedai dessert.

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian